GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

8 Aktiviti Menarik Boleh Anda Lakukan Di Pulau Rawa

Pulau Rawa Mersing sebenarnya dah lama terkenal dikalangan orang Eropah. Mereka sanggup terbang dari jauh dan bermalam di pulau di Kepulauan Mersing ini semata-mata untuk kepuasan percutian mereka. Kita orang Malaysia, patut ambil peluang ini untuk bercuti ke Pulau Rawa. Sebab, di sana pun, ada 8 Aktiviti Menarik Boleh Anda Lakukan Di Pulau Rawa.

Tidak hanya sebuah pulau, lokasi ‘lonely planet’ terkenal dunia ini sebenarnya menawarkan banyak aktiviti menarik untuk anda luangkan masa, bila melancong ke Pulau Rawa Mersing.

Aktiviti Menarik Di Pulau Rawa

aktiviti menarik di pulau rawa

Menarik di Pulau Rawa Mersing

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Rawa ialah mandi laut, snorkeling, selam scuba, kayak, mendaki puncak bukit, BBQ, santai di gazebo dan menonton pertunjukkan bunga api.

MrJocko sempat mencuba aktivit mandi laut dan slider, snorkling, mendaki puncak bukit, BBQ, santai di Gazebo dan juga menonton pertunjukkan bunga api. Selam scuba dan kayak tidak sempat kerana kesuntukkan masa. InsyaAllah, sekali lagi kalau pergi ke Pulau Rawa Mersing akan kami cuba.

aktiviti di pulau rawa mersing

pulau rawa mersingpulau rawa mersing

pakej-resort-rawa-island

Keindahan Pulau Rawa

Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa memang cantik. Air yang masih jernih kehijauan dan kebiruan ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan laut. Memang cantik. 

Lebih teruja bila anda cuba gelongsor air (slide) yang membawa anda terus ke laut. Ada dua gelongsor, pastikan anda cuba kedua-duanya.

Tidak cukup dengan mandi, alami sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang (coral) dan ikan-ikan yang cantik berenang di persisir pantai. Kalau nak selam scuba, pun boleh. Pastikan anda mempunyai lesen scuba untuk memudahkan urusan pendaftaran.

Atau, mungkin anda boleh cuba untuk berkayak di sekitar pantai sambil melihat pemandangan pulau, air laut dan juga ikan-ikan yang jinak.

aktiviti di pulau rawa mersing

pulau rawa mersing

Jika nak cuba sesuatu yang unik ada di Pulau Rawa Mersing, apa kata cabar diri untuk panjat beberapa anak tangga untuk sampai ke puncak Pulau Rawa. Pemandangan menarik, lebih-lebih lagi bila tiba waktu matahari terbit di waktu pagi. Untuk ke puncak bukit ini, tidak lah susah, hanya beberapa minit sahaja pendakian.

aktiviti di pulau rawa mersing aktiviti di pulau rawa mersing sunrise pulau rawa sunrise pulau rawa

Sementara menunggu waktu makan malam, boleh bersantai bersama rakan-rakan di jeti. Di situ ada Jeti dan diletakkan Gazebo untuk anda lepak santai bersama kawan-kawan dan keluarga. Memang best bila lepak sini.

Makan malam biasanya akan disertakan dengan konsep BBQ yang menghidangkan pelbagai menu masakan yang lazat, bertaraf international dengan menu kambing bakar, ayam bakar, udang, sotong, pasta, satay, salad, pencuci mulut serta buahan. Memang kenyang kalau lepak sini.

pulau rawa mersing pulau-rawa-aktiviti-13 pulau rawa mersing

Bunga Api di Pulau Rawa

Sekiranya anda bernasib baik, akan ada pertunjukkan bunga api pada waktu malam sekitar jam 9.00 malam selepas waktu makan malam dan BBQ. Meriah dengan percikkan bunga api yang berwarna warni, memukau semua tetamu resort di Pulau Rawa Mersing.

pulau-rawa-aktiviti-15

Kalau belum ke Pulau Rawa Mersing, apa kata ambil kesempatan ini untuk bercuti ke sana. Dari Jeti Mersing, hanya 30 minit sahaja perjalanan menggunakan bot laju. Maklumat lanjut boleh baca di entry ini Pulau Rawa Setanding Maldives dan Pengalaman Bercuti di Pulau Rawa

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.