GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Cara Melabur Dalam Pelaburan Forex Yang Terbaik

Mungkin sebab MrJocko selalu travel ke luar negara, ramai yang anggap MrJocko seorang yang kaya. Ini tidak benar sama sekali. Kami sekeluarga seperti orang kebiasaan dan hidup sederhana. Mereka ingatkan kami orang kaya hinggakan ada kawan-kawan pernah tanya, adakah MrJocko punyai banyak untung dari hasil pelaburan Forex Trading? Ada juga yang bertanya, bagaimana cara melabur dalam pelaburan Forex yang terbaik dan menguntungkan mereka.

Sekali lagi MrJocko nak beritahu, kami bukan orang kaya. Trip yang MrJocko selalu pergi itu adalah kebanyakkannya ialah Familiarization Trip atau Media Trip anjuran Tourism negara terlibat. Bila sertai Media Trip seperti ini, kos penerbangan, hotel penginapan dan makan minium sepanjang program adalah dibayar oleh pihak penganjur.

MrJocko, sebagai Travel Blogger bertugas untuk berkongsi cerita dan informasi travel tersebut di laman Facebook, Instagram dan juga di laman Blog Travel MrJocko.

 

Pelaburan forex

 

Memang MrJocko sebelum ini pernah berkerja dengan Central Bank di Bank Negara Malaysia dan tahu serba sedikit tentang Forex Trading. Mungkin info pasal Forex Trading atau Pelaburan Forex ini boleh membantu anda.

Forex Trading ialah pelaburan matawang dari negara yang berbeza. Forex ialah singkatan dari perkataan Foreign Exchange. Sebagai contoh, anda menjangkakan nilai USD akan naik dalam masa terdekat, maka anda akan membeli sejumlag USD dengan harapan selepas beberapa hari atau tempoh, bila nilainya naik, anda akan jual dan dapatkan nilai matawang lain yang boleh menguntungkan anda.

Sudah pasti fokus untuk aktiviti Pelaburan Forex ini ialah untuk mengambil untung dan mengelakkan kerugian. Dan biasanya pelabur dalam dagangan Forex ini akan cuba membeli nilai matawang ketika rendah dan menjualnya ketika nilai tersebut naik dengan membeli dan menjual nilai matawang negara-negara yang berbeza.

Secara jujur, MrJocko bukan pakar dalam Pelaburan Forex di Malaysia. Pernah cuba beberapa kali, tetapi hanya menggunakan ‘platform’ dummy sahaja untuk belajar bagaimana untuk membuat dagangan Forex atau belajar bagaimana menjalankan urusniaga Forex.

Secara peribadi, MrJocko membuat kesimpulan bahawa : 

  1. Melabur dalam Pelaburan Forex punya risiko yang agak besar.
  2. Ada banyak platform yang boleh anda cuba dalam pelaburan Forex. Kebanyakkannya adalah Forex dalam talian.
  3. Melabur dalam Pelaburan Forex hendaklah menggunakan platform yang sah mengikut undang-undang Malaysia.
  4. Untuk Orang ISLAM, ada info yang patut anda baca dulu bila nak invest dalam Pelaburan Forex kerana ada Fatwa mengatakan dalam keadaan tertentu, Pelaburan Forex adalah hukumnya HARAM – Rujuk Sini www.PakDi.net
  5. Saya sendiri tidak berani dalam Pelaburan Forex. Anda nak buat, terpulang lah

 

 

forex-tradingwp-image-884197504jpg.jpg

Setakat ini, MrJocko hanya membeli matawang negara-negara lain hanya untuk tujuan melancong sahaja. Tidak lebih dari itu. Nilai yang selalu kami beli pula tidak lebih dari nilai RM10,000. Biasa sekitar dalam nilai RM2,000 ke RM5,000 sahaja untuk tujuan kegunaan ketika melancong.

Sekali lagi, bagi yang bertanya, cara melabur dalam Pelaburan Forex yang terbaik, boleh bertanya kepada rakan lain yang lebih expert. MrJocko hanya membeli matawang untuk kegunaan dan bukan untuk pelaburan Forex. :O

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.