Merapoh Forest Run 2016 Anjuran WSFFM Kembali Lagi
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Merapoh Forest Run 2016 Anjuran WSFFM Kembali Lagi

Warga Merapoh, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan kawasan sekitarnya, ini peluang anda untuk menunjukkan bakat serta menang pelbagai hadiah menarik dalam Kejohanan Merapoh Forest Run 2016 anjuran WSFFM (Women’s Sports And Fitness Foundation Malaysia).

Larian Marathon untuk anda yang memang sentiasa mencari cabaran dalam meneroka kepuasan larian marathon yang lebih mencabar dari larian biasa. Ini peluang anda ambil bahagian di Merapoh Forest Run 2016.

Merapoh Forest Run 2016

 

Merapoh_Forest_Run_2016

 

Merapoh Forest Run 2016 atau lebih dikenali sebagai MFR2016 akan berlangsung pada 3 September 2016 bertempat di Taman Negara Pahang. Lokasi lebih tepat ialah di Sungai Relau, Merapoh di daerah Kuala Lipis. 

Larian Marathon yang menguji mental dan fizikal ini adalah hasil ilham Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina bt Syed Akil yang merupakan Presiden WSFFM.

 

 

Merapoh Forest Run 2016 Merapoh Forest Run 2016 Merapoh Forest Run 2016 Merapoh Forest Run 2016

 

Kali ini MFR2016 akan menawarkan 6 kategori Larian untuk anda pilih. Ia termasuk 25km Men Open, 25km Women Open, 15km Men Open, 15km Women Open, 12km B17 Men Open dan 12km B17 Women Open. Ini bermakna, jika anda mahukan larian yang lebih mencabar, jarak 25km adalah semestinya anda pilih. Namun, jika mahukan trek larian yang lebih dekat, 15km akan jadi pilihan anda.

Usaha yang memang terbaik dari pihak Penaja, WSFFM, yang mana, jarang sekali kejohanan dan aktiviti seperti ini dianjurkan diluar dari kawasan bandar utama. Kejohanan Merapoh Forest Run 2016 kali ini diharap dapat memberikan peluang kepada lebih ramai pelari dan atlit untuk turut serta. 

Merapoh Forest Run 2016 merapoh-forest-run-2016

Aktiviti seperti ini juga adalah  aktiviti sihat yang patut di sokong oleh semua dan pihak berkenaan dalam melahirkan budaya hidup sihat di samping sifat kecintaan kita kepada alam semulajadi. Taman Negara merupakan khazanah negara yang patut kita kekalkan sampai bila-bila.

Jom sertai kejohanan marathon Merapoh Forest Run 2016 ini. Banyak hadiah menarik untuk anda menangi termasuk Wang Tunai, Pakej Percutian dan pelbagai hadiah sampinga termasuk Medal.

Terima kasih buat penganjur utama WSFFM serta penaja bersama Tourism Pahang, Minuman Isotonik Revive dan Blue, Ultron TShirt Rasmi, Tanah Aina Resort dan Mutiara Taman Negara Pahang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.