GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

One Championship Unbreakable Warriors Tembung EV Ting vs Rob Lisita

Sejarah sukan ‘martial arts’ negara akan dimeriahkan lagi dengan satu pertembungan hebat antara dua jaguh seni mempertahankan diri ‘martial arts’ dalam satu gelanggan One Championship. Pertempuran hebat ini akan menemukan mereka dalam pertandingan One Championship Unbreakable Warriors Tembung EV Ting vs Rob Lisita.

Tidak lama lagi, peminat sukan martial arts tanahair akan dapat menyaksikan sendiri kehebatan petinju dan peserta yang hebat dalam kejohanan One Championship Unbreakable Warriors yang akan berlangsung di Stadium Negara pada tarikh 2 September 2016. Acara kemuncak, perlawanan yang ditunggu-tunggu antara Juara dari Malaysia, EV Ting dan juga wakil Juara dari Australia, Rob Lisita.

One Championship Stadium Negara

 

one_championship_unbreakable_warriors

 

 

Edisi kejohanan ‘martial arts’ yang besar seperti ini, sedikit sebanyak akan memberi sokongan kepada tarikan pelancong masuk ke Malaysia dan sekaligus memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

MrJocko agak baru dalam event seperti ini, namun, secara peribadi memang selalu menonton rancangan ‘pertempuran’ martial arts seperti ini di kaca tv. Kini, sukan lasak seperti ini boleh anda tonton sendiri di Malaysia, dalam edisi One Championship tajaan utama Tune Talk dan kolaborasi terbaru mereka bersama Universal Music Group (UMG).

Sebelum ini, awal tahun, kejohanan yang hampir sama dianjurkan di Bangkok, dimana kejayaan mereka menggabungkan pertempuran sukan lasak ini dengan kombinasi muzik rock yang hebat. Kini mereka akan bawakan konsep yang sama ke Kuala Lumpur dalam One Championship Unbreakable Warriors di Stadium Negara pada awal bulan September 2016 nanti.

Tune Talk dan juga One Championship telah berusaha sejak 5 tahun lepas dalam berkerjasama dalam membentuk komuniti Mixed Martial Arts (MMA) di Malaysia dan kini mereka berkembang melalui Malaysian Invansion Mixed Martial Arts (MIMMA). Nama-nama seperti Mohd Aiman, Keanu Subba dan Agilan Thani adalah antara bakat-bakat pesaing MMA yang dicungkil dari usaha ini.

Press Conference One Championship Unbreakable Warriors

One_Championship_Unbreakable_Warriors

One_Championship_Unbreakable_Warriors

EV Ting dan Rob Lisita

one_championship_unbreakable_warriors_06 one_championship_unbreakable_warriors_ev_ting

One_Championship_Unbreakable_Warriors

One Championship di Stadium Negara

Kali ini, antara Juara yang terbaik dari Malaysia, EV “E.T.” Ting akan kembali dan bertarung di gelanggang Malaysia untuk menentang pesaing hebat dari Australia yang dikenali sebagai “Ruthless” Rob Lisita dari Campbelltown, Australia.

Semestinya satu perlawanan hebat di mana rekod EV Ting ialah 11-3 dan rekod Rob Lisita ialah 14-8. Siapa yang bakal menjuarai gelaran One Championship Unbreakable Warriors di Stadium Negara Malaysia, jom saksikan perlawanan hebat ini.

Tidak hanya mereka berdua, anda juga akan menyaksikan perlawanan menarik antara beberapa lagi peserta termasuk Bintang MMA Peter Davis, Ann ‘Athena’ Osman, Agilan “Alligator” Thani dan juga Gianni dan Keanu Subba.

Untuk peminat muzik, bintang nyanyian Malaysia Faizal Tahir dan juga Ella akan mempersembahkan persembahan terbaik mereka di kejohanan tersebut dan ia semestinya satu konsert yang lain dari yang lain. 

Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi One Championship di www.onefc.com, ikuti mereka di Twitter @OneChampionship dan sertai mereka di Facebook https://www.facebook.com/ONEChampionship

 

MIMMA Warriors

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.