GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Program Lawak Solo Astro Cari Bakat Pelawak Tunggal

Selepas berjaya dengan program Raja Lawak, School of Lawak, Super Spontan dan banyak lagi program lawak tepatan, Astro kini tampil dengan idea baru, Program Lawak Solo Astro Cari Bakat Pelawak Tunggal. Saluran komedi nombor satu Malaysia, Astro Warna memperkenalkan sebuah lagi program realiti baharu yang bakal menggeletek penonton di rumah.

Rancangan ‘realiti’ yan gdiberi nama ‘Lawak Solo’ ini akan mencari pelapis pelawak solo tanahair menerusi lawak bersahaja dan dilakukan bersendirian. Setakat ini, program Lawak Solo Astro ini dijadualkan akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai Oktober secara eksklusif menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Baca : Maharaja Lawak Mega 2014

 


Program Lawak Solo Astro Cari Bakat Pelawak Tunggal

Lawak Solo Astro Cari Bakat Pelawak

“Kami di Astro sentiasa mahu membawakan hiburan berkualiti tanpa henti kepada penonton kami dan oleh sebab itulah, kami sentiasa tampil dengan pelbagai idea baru agar penonton kami tidak pernah jemu dan sentiasa menikmati setiap bentuk hiburan yang kami tampilkan. Astro dan komedi, berpisah tiada, jadi kami merasakan Lawak Solo merupakan satu tarikan terbaru saluran Astro Warna yang boleh meninggalkan kesan di hati penonton”. Encik Bob Azrai, Ketua Pengisian dan Komedi Astro.

Berbeza dengan rancangan Skool of Lawak dan Raja Lawak sebelum ini, Lawak Solo memfokuskan pencarian individu yang memiliki kemampuan berlawak secara semulajadi dan bersahaja. Kami mahukan seseorang yang mampu tampil dengan ‘punchline’ yang mantap selain mempunyai kebolehan menyampaikan lawak yang bernas dalam masa yang sama penuh dengan unsur komedi. Kehadiran pelawak solo ini, mungkin akan menyerikan lagi industri Lawak Solo tanahair dan mungkin mereka akan setanding Nabil Ahmad atau Harith Iskander.

Lawak Solo Astro Cari Bakat Pelawak

Peserta Lawak Solo bakal diuji dengan bertemakan stand-up, muzikal dan sebagainya. Konsep ini menggunakan khidmat penjurian professional sebanyak 70 % dan undian penonton sebanyak 30 %. Peserta dengan jumlah markah terendah setiap minggu akan disingkirkan. Juri tetap Lawak Solo akan diumumkan tidak lama lagi dan juri program Lawak Solo ini adalah mereka yang lawak untuk menggalas tanggungjawab ini.

Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Ebby Yus akan membimbing peserta Lawak Solo dan ketiga-tiga tenaga pengajar ini akan turun padang menjadi juri ujibakat dan mengenal pasti siapa yang berpotensi diketengahkan menjadi pelawak solo.

Untuk yang tidak dapat hadir ke lokasi Ujibakat, anda boleh melakukan ‘Ujibakat Lawak Solo’ secara atas talian atau online bermula 2 Ogos 2016, dengan memuat naik video mereka di laman Instagram di mana mereka perlu mempersembahkan sketsa lawak masing-masing ataupun stand-up comedy mereka yang berdurasi 1 minit selain menyertakan hashtag #lawaksolo dan tag akaun Instagram @zonlawak.

Peserta yang berpotensi bakal mendapat laluan pantas ke sesi ujibakat yang akan diadakan di 4 buah negeri yang berbeza di seluruh tanahair. 30 peserta yang disenarai pendek akan ke Kuala Lumpur bagi mengikuti latihan boot camp Lawak Solo, di mana hanya 10 peserta terbaik akan mara ke pusingan seterusnya dan layak bertanding merebut kejuaraan sulung Lawak Solo. Ujibakat Lawak Solo terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang berusia 18 hingga 45 tahun.

Juara untuk program Lawak Solo akan menerima wang tunai sebanyak RM 80,000.00 berserta trofi. Naib juara dan tempat ketiga pula akan membawa pulang RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi. Pemenang tempat keempat juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM 10,000.00 turut menanti.

Datanglah beramai-ramai ke ujibakat Lawak Solo dan jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Lawak Solo pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai Oktober ini secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD ( Saluran 134).

 
Ujibakat Lawak Solo di tempat dan tarikh seperti berikut:

 

Tarikh Pertama : 13 & 14 Ogos 2016, Penang Times Square, Pulau Pinang. 9 pagi – 5 petang

Tarikh Kedua : 19, 20 & 21 Ogos 2016, Plaza Angsana, Johor Bahru. 9 pagi – 5 petang

Tarikh Ketiga : 27 & 28 Ogos 2016, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. 9 pagi – 5 petang

Tarikh Keempat : 3 & 4 September 2016, SACC Mall, Shah Alam. 9 pagi – 5 petang

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.