GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pulau Sibu Mersing Di Johor Ada Tarikan Laut Yang Cantik

Masih lagi info tentang Kepulauan Mersing di Johor. Antara Pulau yang semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan di Johor ialah Pulau Sibu. Ramai mungkin tidak tahu bahawa Pulau Sibu Mersing di Johor ada tarikan laut yang cantik. Ada banyak resort di Pulau Sibu, setiap satu punyai keunikkan dan kecantikkan tersendiri.

Pulau Sibu adalah sebuah pulau kecil di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. Ia sebenarnya terdiri daripada beberapa pulau lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Yang paling terkenal adalah Pulau Sibu Besar.

Pulau Sibu Besar yang menjadi pulau utama, mempunyai keluasan kira-kira 6 km panjang dan 1 km lebar. Sebahagian besar pulau ini diliputi oleh tumbuh-tumbuhan tropika. Pada hujung selatan terdapat sebuah perkampungan nelayan kecil yang dikenali sebagai Kampong Duku dengan penduduk kurang daripada seratus orang.

Di sini ada kemudahan Sekolah, Masjid, Klinik dan juga beberapa gerai minuman cara kampung. Untuk info, kuasa elektrik di sini menggunakan kuasa solar sepenuhnya.

Pulau Sibu di Mersing

 

Jeti Pulau Sibu mersing

 

 

Untuk ke Pulau Sibu Mersing, sebaiknya anda menaiki bot dari Jeti Tanjung Tanjung Leman. Kalau menggunakan bot laju yang besar, ia cuma memakan masa selama 15 minit sahaja. tetapi jika menggunakan bot laju kecil, ia mengambil masa sekitar 30 minit. 

Harga bot untuk ke Pulau Sibu dianggarkan sekitar RM5 untuk pergi balik menggunakan bot kecil. tetapi ada bayaran lain yang anda perlu bayar seperti Yuran Konservasi dan juga Yuran Taman Laut. Kira-kira satu kepala anda kena bayar sekitar RM15 untuk total tersebut.

Aktiviti riadah utama di pulau itu adalah sukan air seperti snorkeling dan selam skuba serta mandi manda. Kawasan ini antara kawasan popular untuk melihat batu karang atau coral yang memang cantik dan terbaik di Malaysia.

Peta Pulau Sibu Mersing

Pulau Sibu Mersing Pulau Sibu Mersing

pantai pulau sibu pantai pulau sibu

Pantai Pulau Sibu Mersing

Terdapat empat pantai utama di sebelah timur Pulau Sibu, di mana kebanyakan resort pantai berada di sini. Antara resort terkenal di sini ialah Sea Gypsy Village Resort and Dive Base dan Sibu Island Cabanas terletak di pantai menghadap Pulau Tinggi. Resort yang lain seperti Rimba Resort, Sari Pacifica Resort and Spa berada di sebelah tengah pulau. Resorts lain yang menghadap tanah besar adalah Coconut Village Twin Beach Resort Resort dan Junansa Villa. 

Jadi, jika anda merancang untuk bercuti di Kepulauan Mersing, bercuti di Pulau Sibu adalah satu pilihan selain dari ke Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Tengah, Pulau Besar dan Pulau Tinggi.

Banyak lagi pilihan pakej percutian murah di Pulau Sibu Mersing yang boleh anda terokai. Jom Cuti Cuti  Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.