GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pelancaran Rasmi MATTA Fair September 2016 Di PWTC

Kemeriahan MATTA Fair September 2016 sudah terasa sejak seminggu yang lalu bila banyak tawaran dan pakej promosi murah melancong dalam negara dan luar negara mula diiklankan di laman web dan beberapa suratkhabar utama Malaysia. Hari ini, MrJocko turut sama dalam Pelancaran Rasmi MATTA Fair September 2016 di PWTC.

Antara lokasi pelancongan pilihan pada kali ini ialah negeri Terengganu dan Indonesia. Sebagai destianasi pilihan untuk pelancongan tempatan (Terengganu) dan destinasi pilihan ASEAN (Indonesia) mereka mempamerkan tarikan utama mereka dengan paparan yang berwarna-warni dan menarik tarian tradisi yang merupakan acara kemuncak majlis perasmian di MATTA Fair.

Terengganu mempunyai 16 gerai, yang paling di kalangan pejabat-pejabat pelancongan negeri manakala Indonesia diwakili oleh 36 gerai yang terbesar di kalangan Organisasi Pelancongan Kebangsaan asing di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Perasmian MATTA Fair Sepetmber 2016

perasmian-matta-fair-september-2016

 

Khas untuk MATTA Fair kali ini, Terengganu menawarkan pakej menari untuk Tasik Kenyir, lokasi menarik di pedalaman dan pulau-pulau di Terengganu. Dapatkan pakej trave murah ke Terengganu sempena promosi Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dewan 4 MATTA Fair.

Indonesia turut menawarkan pelbagai pakej terbaik dan murah ke pulau-pulau dan pantai-pantai di Bali, Lombok, Medan dan juga destinasi popular lain seperti Yogyakarta dan Surabaya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berharap dengan promosi Terengganu sebagai destinasi tempatan kegemaran di Malaysia, mereka boleh mencapai kunjungan pelancong sehingga lima hingga enam juta pada tahun depan, Tahun Melawat Terengganu 2017.

Sebenarnya di Terengganu, terdapat lebih daripada apa yang anda lihat kerana mereka mempunyai Tasik Kenyir dan beberapa destinasi pelancongan pedalaman dan kawasan-kawasan lain yang masih belum diterokai sepenuhnya.

 

Matta Fair September 2016 Matta Fair September 2016 Matta Fair September 2016 Matta Fair September 2016

 

Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat berkata bahawa ia adalah masa sesuai bagi Terengganu untuk menjadi perhatian kerana promosi Visit Beautiful Terengganu 2017.

Selain itu, Indonesia dipilih sebagai destinasi kegemaran Asean. Hamzah berkata kerjasama antara MATTA dan Asita (Persatuan Indonesia Tours & Travel Agencies) akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang selepas kedua-dua telah menandatangani MoU mengenai rangka kerjasama beberapa hari yang lepas.

Hari ini juga, pelawat dapat menyaksikan pelancaran Tourism Malaysia eBrochures App dan Beautiful Terengganu Dekat Je Holiday Packages 2017. Aplikasi ini membolehkan pelancong untuk mengakses pelbagai risalah dalam talian untuk perancangan lawatan mereka ke negeri Terengganu Darul Iman.

 

 

Matta Fair September 2016

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.