GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Royal Belum Night Trekking Package Untuk Anda Cuba

Selain dari menginap di Belum Rainforest Resorts di Royal Belum, ada beberapa aktiviti lain yang patut anda cuba. MrJocko mulakan dengan aktiviti yang mudah dan sihat, Royal Belum Night Trekking Package Untuk Anda Cuba. Ia antara aktiviti yang agak popular di sini dan ia tidak memerlukan stamina yang banyak. Cukup jika anda mampu berjalan sekitar 2 – 3 kilometer sekitar hutan Khatulistiwa ini.

Mengenakan pakej Night Trekking dengan harga serendah RM45 bagi setiap peserta, ia antara aktivit yang menarik di sini. Waktu malam seperti di Royal Belum, waktu sesuai untuk meneroka apa yang menarik dan apa yang berlaku di dalam hutan yang menjadi habitat haiwan-haiwan liar di sekitar Tasik Banding.

Baca : Menu Sedap Terbaik di Royal Belum Rainforest Resort Cafe

Royal Belum Night Trekking Package

 

Royal Belum Night Trekking Package

 

Pakej ini dibuka kepada semua tetamu hotel dan orang persendirian dengan pendaftaran terakhir pada hari tersebut sekitar jam 4.00 petang. Ini adalah untuk memudahkan urusan susuna perjalanan dan persiapan bagi pihak resorts.

Pakej ini boleh anda tempah dengan minima 2 peserta dan akan bermula sekitar jam 8.30 malam, setiap hari melainkan jika ia hujan atau ada bencana. Pakej ini menawarkan lawatan dan night trekking menggunakan ‘Guider’, yang akan menemani anda menyusuri trek hutan untuk melihat kehidupan malam di hutan.

 

Royal Belum Night Trekking Package Royal Belum Night Trekking Package Royal Belum Night Trekking Package royal-belum-night-trekking-05

 

Selama tempoh lebih kurang 2 jam, anda akan dibawa melalui trek perjalanan yang selamat untuk melihat sendiri hutan di waktu malam, Ini peluang anda untuk mendekatkan diri dengan flora dan fauna di samping mendapatkan infor yang menarik tentang habitats di Tasik Banding dan hutan sekitarnya.

Kalau dah sampai di Belum Rainforest Resorts, apa kata cabar diri anda untuk teroka perjalanan dengan pakej Night Trekking ini. Anda pasti boleh.

Oh ya! Kanak-kanak berusia lebih 5 tahun juga boleh sertai Night Trekking tetapi dengan kawalan ibubapa atau penjaga.

 

 

Royal Belum Night Trekking Package Royal Belum Night Trekking Package royal-belum-night-trekking-08 Royal Belum Night Trekking Package

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.