GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Cipta Kreativiti Berterusan Dengan Mainan Play-Doh

Ada yang bertanya, berapa tahun umur maksima untuk bermain dengan tanah liat Play-Doh. Jawapan saya, tiada had umur. Sesiapa sahaja boleh bermain Play-Doh. Sebaiknya seawal 2 tahun, ibubapa boleh bimbing anak-anak untuk bina kreativiti dengan main Play-Doh. Bila semakin dewasa, ia akanĀ Cipta Kreativiti Berterusan Dengan Mainan Play-Doh.

Mungkin anda pernah main Play-Doh? Atau mungkin kalau 30 tahun dahulu, zaman MrJocko kecik, kami biasa main dengan tanah liat. Tanah liat ini, kami main untuk bina macam-macam, termasuk rumah, basikal, haiwan malah jadikannya peralatan memasak. Tetapi, kini lebih mudah dan selamat dengan permainan Play-Doh.

Anak-anak Dengan Play-Doh

Cipta Kreativiti Berterusan Dengan Mainan Play-Doh

 

Kini, evolusi mainan Play-Doh semakin maju dan punyai pelbagai pilihan. Nak yang basic, ada banyak warna pilihan untuk mainan Play-Doh anak anda. Warna memang menarik sebab makin lama warna semakin ‘terang’ berwarna warna.

Anak MrJocko, si Kakak Khalish dan Hasya masing-masing sudah berumur 11 tahun dan 9 tahun. Namun, masing-masing masih lagi suka bermain dengan Play-Doh.

Ambik contoh mainanĀ Play-Doh Ice Cream seperti ini, mereka berdua masing-masing akan kumpul imaginasi mereka tentang cara membuat ice cream yang mereka suka. Bagaimana untuk membentuk ice cream, pilihan campuran warna dan kemudian ‘finishing’ top up yang mereka mahukan ke dalam ice cream mainan mereka.

 

mainan play-doh malaysia mainan play-doh malaysia mainan play-doh malaysia mainan play-doh malaysia mainan play-doh malaysia

 

Of course, pilihan permainan seperti Play-Doh Ice Cream seperti ini tidak sesuai untuk umur 2 tahun. Secara peribadi MrJocko rasa ia lebih kepada yang berumur 4 tahun. Sebab, ia mempunyai ‘tools’ yang perlu digunakan untuk membentuk putaran ice cream. Unless, Parents perlu sertai anak-anak mereka yang berumur 2 – 3 tahun main sama-sama.

Jika anda hanya mahukan kreativiti sepenuhnya dari anak-anak anda, rasanya ia sesuai untuk umur 4 tahun ke atas.

Nak baca tentang Fakta Menarik Tentang Play-Doh?

Play-Doh Fun Facts Fakta Menarik Play-Doh

 

mainan play-doh malaysia mainan play-doh malaysia cipta-kreativiti-mainan-play-doh-13 mainan play-doh malaysia cipta-kreativiti-mainan-play-doh-15 mainan play-doh malaysia

 

 

Secara umum, kebanyakkan Permainan Play-Doh memang dikenali dalam aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesediaan pra-sekolah yang tertumpu kepada perkembangan kemahiran ‘motor’ pemikiran, koordinasi mata tangan dan semestinya kreativiti.

Bagi lah anak anda mencuba lepaskan kreativiti mereka dengan Play-Doh, biar mereka ciptakan imaginasi mereka dengan Play-Doh dan InsyaAllah anda akan lihat perkembangan mereka berfikir semakin baik.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.