GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Galaxy Tab A 2016 Dengan S Pen Di Malaysia

Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan ketersediaan Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen di Malaysia! Mempunyai skrin terang dan jelas bersaiz 10.1 inci dan dipasangkan dengan tandatangan Samsung S Pen untuk pengalaman penulisan Nota yang terbaik. Samsung Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen menjanjikan dunia produktiviti untuk kerja dan waktu santai anda semakin mudah dan dipertingkatkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Cemerlang untuk bekerja dan juga untuk hiburan ketika on-the-go, Galaxy Tab A (2016) yang baharu ini punyai kuasa bateri yang lebih tahan lama. Ia dilengkapi dengan kuasa bateri  7,300mAh. Kalau penggunaan biasa, anda boleh guna Galaxy Tab A ini siang hingga malam.

Khabarnya, tidak ada masalah untuk penggunaan selama lebih daripada 13 jam melayari web, video YouTube dan pembentangan kerja dengan lancar. Wow!!!

Baca : Galaxy Tab Samsung Yang Menarik

 



 

Galaxy Tab A (2016) Dengan S Pen

 

Harga Galaxy Tab A 2016 Dengan S Pen Di Malaysia

 

Peranti ini boleh menyimpan lebih daripada segala-galanya kerana ia mempunyai memori dalaman terbina dalam 16GB dan dilengkapi dengan slot MicroSD untuk ditambahkan simpanan storan tambahan sehingga 256GB.

Dengan saiz simpanan yang besar ini, pengguna boleh menyimpan video, gambar, fail persembahan yang besar, serta beribu-ribu pilihan fail peribadi. Dalam masa yang sama anda masih menikmati lebih banyak muzik kegemaran, filem dan permainan aplikasi di tablet ini ketika on-the-go.

 

Samsung Galaxy Tab A (2016) with S Pen Product Specifications

Samsung Galaxy Tab A (2016) with S Pen Product Specifications

Harga Galaxy Tab A 2016 Dengan S Pen Di Malaysia Harga Galaxy Tab A 2016 Dengan S Pen Di Malaysia Harga Galaxy Tab A 2016 Dengan S Pen Di Malaysia Harga Galaxy Tab A 2016 Dengan S Pen Di Malaysia

 

Galaxy Tab A 2016 dengan S Pen kini boleh didapati di Malaysia di semua Samsung Stores terpilih di seluruh negara. Untuk model ini, ia ditawarkan dalam warna hitam dan putih. Tablet terbaru ini akan dijual pada harga yang menarik dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM1,599 termasuk 6% GST.

Untuk peminat Galaxy Tab A ini, bagi tempoh masa yang terhad sahaja, Samsung menawarkan “entertainment contents and services” untuk setiap Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen dibeli. Pengguna boleh menebus akses penuh secara percuma selama Tiga (3) bulan dengan iflix atau mendengar lebih daripada 30 genre muzik dengan Samsung Milk Music.

Informasi lanjut tentang spesifikasi, tawaran dan pelbagai info lengkat tentang Galaxy Tab A (2016) dengan S Pen, anda boleh layari laman web rasmi http://www.samsung.com/my/taba10.1/.

Secara peribadi, review untuk Galaxy Tab S2 antara yan terbaik. Gambar dan video memang memukau.

Sample Gambar Dan Video Dari Kamera Galaxy Tab S2

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.