Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 6 Sabah
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 6

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 6 kini terbang ke Malaysia Timur. Selepas Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, MrJocko dan crew kini terbang menuju ke Sabah untuk 4 episod yang menarik. Banyak yang kami boleh terokai di Sabah. Ada banyak yang menarik di Sabah. Pasti ramai yang belum tahu.

Kalau sebut pasal Sabah, ramai yang akan teringatkan Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan semestinya Gunung Kinabalu. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di Sabah.

Baca : Kisah Penggambaran MrJocko di Program RTM1 Nota Kembara

Nota Kembara Bersama MrJocko ke Sabah

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 6
 

Kalau di ikutkan, banyak yang MrJocko nak masukkan dalam travelogue show ini untuk tatapan anda semua. Namun, untuk 4 episod di Sabah memang tidak cukup. Bayangkan kalau nak cover pulau di Sabah sahaja, ia akan memakan masa selama berbulan-bulan. Itu dah boleh cecah 26 episod.

Untuk permulaan rancangan TV travelogue show ini, MrJocko pilih kraf, pembuatan dan persembahan yang ada di Sabah untuk anda tonton nanti.

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 6 jambatan tamparuli bandar tuaran linangkit sabah nota-kembara-mrjocko-66 nota-kembara-mrjocko-67 nota-kembara-mrjocko-68 nota-kembara-mrjocko-69

 

InsyaAllah, kalau ada rezeki Nota Kembara Bersama MrJocko terbitan Luncai Emas dan akan disiarkan di RTM1 ini, kami akan sambung ke Musim Ke-2. Mohon doa-doakan lah yer.

Banyak lagi lokasi pelancongan menarik di Malaysia ingin MrJocko terokai dan akan dikongsikan dengan semua pembaca blog dan penonton TV RTM1 serta Saluran BES1 tahun hadapan 2017.

Lepas ini akan saya kongsi cerita bagaimana nak travel bajet murah ke Sabah dan cara untuk tempah hotel murah di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Kundasang dan beberapa lokasi lain di Sabah.

Nak tahu apa yang menarik di Sabah, jangan lupa tonton rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko pada bulan Disember 2016 nanti.

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 5

 

 

 

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.