Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar Perlis

Teruja bila dapat ke Perlis Indera Kayangan. Sebenarnya sudah lama tak datang ke Kangar. Kali ini, MrJocko nak cerita Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar Perlis untuk program TV Nota Kembara Bersama MrJocko.

Ini merupakan hari pertama MrJocko buat penggambaran di bandar Kangar. Target kami, untuk mencari tempat-tempat menarik yang ada di Perlis untuk dikongsikan di dalam program TV Travelogue, ‘Nota Kembara Bersama MrJocko’

Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar Perlis

 

penggambaran di Kangar

 

Hari pertama kami menginap di Homestay yang juga rumah kepada Shah, Assistant Director. Dua hari menginap kat sini, kami memang terasa bagaikan berada di rumah sendiri. Rumah kampung tetapi memang selesa dan dijaga sebaiknya oleh Nenek. Makan minum cara kampung tetapi memang menyelerakan.

 

tempat menarik di Perlis penggambaran_di_perlis_02

 

Untuk episod di Perlis, MrJocko berkongsi pengalaman melawat tempat menarik di Perlis seperti Gua Kelam, Taman Ular & Reptilia serta Jeti Kuala Perlis yang menjadi nadi perhubungan pelancong untuk ke Langkawi melalui Kuala Perlis.

Untuk teaser, anda boleh baca di entry ini : –

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1

 

Bila dah sampai Kangar, baru MrJocko tahu bahawa antara yang menarik di sini ialah menu masakan Laksa Kuala ‘Laksa Kola’. Antara yang popular ialah Laksa Kak Su di sekitar Jeti Kuala Perlis, kedai berdekatan dengan Maybank Kuala Perlis.

Jadi kalau anda yang nak menaiki Jeti Kuala Perlis, apa kata singgah makan Laksa Kak Su di Kuala Perlis dulu.

 

tempat menarik di Perlispenggambaran_di_perlis_12tempat menarik di Perlis tempat menarik di Perlis tempat menarik di Perlis tempat menarik di Perlis

 

 

Di Perlis, kami berkongsi cerita dengan penonton tentang tempat menarik seperti Gua Kelam, pembuatan Capal Saad dan juga Batik Perlis yang mungkin ramai tak tahu kewujudannya. Untuk persembahan, kami persembahkan tarian Inang Batil, yang merupakan salah satu tarian yang terkenal di Perlis.

Pertama kali melihat pembuatan Capal dan juga pertama kali melihat persembahan Inang Batil yang memukau. Pengalaman baru ini memang sesuatu yang baru dan jarang MrJocko terokai bila kembara sendirian.

Untuk cerita dan video lengkap tentang perjalanan kembara MrJocko ini, anda boleh tonton program TV “Nota Kembara Bersama MrJocko” yang akan di siarkan di Saluran RTM1 bermula bulan Disember 2016 nanti.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.