GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kraftangan BAKO Yang Cantik Terkenal Di Jempol

Tidak ramai orang Malaysia sendiri tahu bahawa ada industri Kraftangan BAKO Yang Cantik Terkenal Di Jempol. MrJocko juga pertama kali tahu tentang pembuatan Bako yang diusahakan oleh seorang pesara Tentera sejak beberapa tahun lepas. Kini, ia menjadi salah satu kraftangan yang dicari kerana hasilnya yang cantik dan sesuai untuk jadi hiasan dan hantaran bagi majlis perkahwinan.

Kata pembuatnya, Pakcik Anuar, asal nama Bako adalah dari perkataan ‘Bakul’. Tetapi, dengan loghat Negeri Sembilan, ia diberi nama Bako.

Kraftangan Bako di Jempol

 

kraftangan bako negeri sembilan

 

Bako ialah kraftangan yang dibuat dari hasil batang buluh dan menggunakan papan plywood sebagai tapak asas. Tetapi, hampir 90% bahan-bahan dalam pembuatan kraf ‘Bako’ ini adalah dari pokok buluh.

Pakcik Anuar yang sebelum ini adalah Veteren Perang ketika zaman Askar Melayu, sejak zaman 70-an lagi adalah pengusaha Bako yang mendapat tunjuk ajar dan bantuan sokongan dari Kraftangan Malaysia dalam memperkembangkan lagi industri kraftangan di Jempol.

 

 

kraftangan bako negeri sembilan kraftangan bako negeri sembilan kraftangan bako negeri sembilan kraftangan bako negeri sembilan kraftangan bako negeri sembilan kraftangan bako negeri sembilan kraftangan bako negeri sembilan

 

 

Beliau yang kini mengusahakan perusahaan pembuatan bako ini berseorangan menerima tempahan dari pelanggan sekitar Negeri Sembilan dan beberapa tempahan dari luar. Bako yang dibuat oleh beliau telah beberapa kali dipamerkan di pameran kraf anjuran Kraftangan Malaysia dan memang mendapat tempat dihati peminat kraf.

Namun, oleh kerana kekangan tenaga kerja yang tidak ramai, beliau tidak dapat memenuh tempahan yang banyak dalam satu satu masa.

Secara peribadi, MrJocko kagum dengan hasil kerja Pakcik Anuar. Bako yang dibuat beliau cantik dan dijual dengan harga berpatutan.

Selain dari dijadikan hiasan, bako boleh dijadikan tempat letak buahan, wangian dan juga untuk bekas hantaran. Berminat nak tempah Bako dari Pakcik Anuar? Anda boleh terus ke Jempol. Atau, kalau nak no telefon beliau, boleh terus mesej MrJocko untuk maklumay lanjut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.