Perusahaan Capal Saad Seni Budaya Melayu Perlis
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Menjengok Perusahaan Capal Saad Seni Budaya Melayu Perlis

Antara seni budaya dan peninggalan nenek moyang kita yang semakin dilupakan ialah pembuatan Capal. Kali ini MrJocko bertuah kerana berpeluang Menjengok Perusahaan Capal Saad Seni Budaya Melayu Perlis yang terletak di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan.

Perusahaan yang dikenali sebagai Perusahaan Capal Saad ini antara satu-satunya pembuatan capal yang agak aktif di negeri Perlis dan juga di Malaysia. Ia mengeluarkan capa yang berkualiti dengan pelbagai corak dan bentuk, sesuai untuk digunakan dalam majlis dan kegunaan biasa.

Perusahaan Pembuatan Capal Saad

 

Menjengok Perusahaan Capal Saad Seni Budaya Melayu Perlis

 

Rezeki MrJocko kerana En Saad, pemilik bengkel pembuatan Capal ini kebetulan ada untuk sama-sama berkongsi maklumat tentang sejarah pembuatan capal, perusahaan beliau serta halatuju perniagaannya.

Secara peribadi, teruja juga MrJocko bila pertama kali sampai di bengkel Capal Saad. Nampak bengkel ini agak kecil, tetapi mengejutkan kerana ia boleh mengeluarkan ribuan capal untuk permintaan pelanggan dan pemborong, khususnya bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Puasa setiap tahun.

 

 

capal_saad_simpang_empat_perlis_03
Perusahaan Capal Saad Perlis

Menjengok Perusahaan Capal Saad Seni Budaya Melayu Perlis Menjengok Perusahaan Capal Saad Seni Budaya Melayu Perlis

 

Mengikut En Saad, capal yang mereka buat ini adalah hasil pengalaman beliau lebih dari 20 tahun dan sehingga kini ia masih lagi mengekalkan corak dan rekaan asli. Perusahaan Capal Saad Perlis ini memang sudah lama terkenal dikalangan mereka yang mencari produk tradisi pakaian Melayu, khususnya yang nak gandingkan baju melayu bersama tengkolok, samping dan lengkapkan dengan capal.

Mungkin ramai tidak sedar, capal antara pakaian orang bangsawan dulu-dulu yang kini semakin dilupakan.

Kami crew ‘Nota Kembara Bersama MrJocko’ turut berbangga dengan pencapaian En Saad sebagai pembuat capal yang ‘jarang-jarang’ kita jumpa di Malaysia. Dengan mempunyai bengkel yang agak sederhana, pekerja seramai sekitar 10 orang dan punyai permintaan seluruh Malaysia yang agak memuaskan.

Andai ada rakan-rakan yang berhajat nak beli atau nak memborong capal dengan harga yang murah, boleh terus hubungi Encik Saad, pemilik Capal Saad di talian 013-7191172, di Perlis Indera Kayangan.

Baca : Senarai Product Review Yang Pernah MrJocko Buat

 

Perusahaan Capal Saad Perlis Perusahaan Capal Saad Perlis Perusahaan Capal Saad Perlis Perusahaan Capal Saad Perlis

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.