Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis

Ramai sebenarnya Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis? Taman Ular yang terkenal di utara Semenanjung ini memang menjadi tumpuan ramai kerana sebelum ini memang ada banyak persembahan ular dan pameran ular-ular terbaik yang pernah mereka ada. Kali ini, MrJocko sendiri singgah di sini untuk membuat penggambaran.

Lokasi Taman Ular Perlis ini sebenarnya terletak di kawasan yang dikenali sebagai Batu Pahat, Perlis. Jangan salah faham, bukan sahaja Johor ada Batu Pahat, tapi di sini, Perlis pun ada Batu Pahat.

Baca : Tempat Menarik di Negeri Perlis Indera Kayangan

Taman Ular Dan Reptilia Perlis

Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis

 

Tips Taman Ular Perlis

Kalau nak datang masa orang tak ramai, datang pada hari waktu bekerja. Kalau nak tengok persembahan, selalunya diadakan pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Kelepasan AM

 

Nak lagi mudah, lokasi Taman Ular ini hanya bersebelahan dengan Taman Anggur di Perlis yang pernah terkenal satu masa dulu. Itu dulu. Tapi masa MrJocko ke Taman Anggur Perlis, ia sedang dalam proses renovation dan ditambahbaik.

Tiket masuk ke Taman Ular Perlis ini ialah cuma RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Kalau anda bercadang untuk membawa masuk kamera, anda akan dikenakan charge tambahan RM1.00 untuk satu kamera dan RM2.00 untuk kamera video. Harga yang sangat berbaloi dan ia memang murah berbanding Taman Ular ditempat lain.

 

 

tiket masuk ke Taman Ular Perlis tiket masuk ke Taman Ular Perlis Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis

 

Kalau anda masuk ke bilik pertama, sebelah kiri selepas pintu masuk, anda akan dapat melihat pelbagai jenis ular yang di simpan di dalam kaca. Kebanyakkan ular di sini adalah beracun dan merbahaya. Pelbagai jenis Ular Tedung, Ular Kapak dan pelbagai jenis ular berbisa ada di sini.

Manakala di sebelah belakang, di sediakan kawasan yang agak luas dan beberapa kawasan agak terbuka tetapi punyai ‘ciri keselamatan’ diletakkan ular sawa dan beberapa ekor jenis ular lain.

Di kawasan sebelahnya ada diletakkan reptilia-reptilia yang memang menjadi tarikan untuk pelancong ke sini.

 

Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis

taman_ular_dan_reptilia_perlis_04 taman_ular_dan_reptilia_perlis_03

tiket masuk ke Taman Ular Perlis

 

 

Katanya, bila hujung minggu, akan ada beberapa persembahan bersama Ular. Memandangkan kami singgah di sini pada hari Isnin, maka, kami terlepas peluang untuk melihat persembahan menarik yang selalu diadakan di sini. InsyaAllah, lepas ini, MrJocko akan singgah lagi di Taman Ular bersama keluarga.

Ketika MrJocko singgah, memang tidak ramai pelancong ke sini. Tidak tahu punca. Mungkin sebab ia hari bekerja. Namun sebenarnya, dengan harga tiket, pilihan ular dan reptilia yang ada di dalam di dalam ini, ia patut anda lawati.

Mungkin, antara yang menjadi masalah ialah pengangkutan untuk ke sini. Barangkali, kalau ia mempunyai kedudukan yang lebih dekat dengan pusat bandar atau kemudahan pengangkutan awam yang lebih kerap, ia mampun menarik lebih ramai pengunjung.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.