Persembahan Tarian Inang Batil JKKN Perlis
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Persembahan Tarian Inang Batil JKKN Perlis Indera Kayangan

Persembahan Tarian Inang Batil JKKN Perlis Indera Kayangan adalah persembahan tarian pertama yang MrJocko ‘cover’ untuk episod Nota Kembara Bersama MrJocko. Berurusan dengan geng Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perlis ini memang mudah dan memang mereka memberikan support terbaik. Walaupun ketika kami sampai sana pada hari cutu hujung minggu, hari Ahad.

Melihat kepada pakaian yang dipakai oleh penari, mereka memang mempunyai ciri-ciri keaslian yang ada untuk negeri Perlis. Pakaian Lelaki dan Wanita yang bercirikan tradisional Perlis dengan warna warni memang menambahkan lagi keasyikan penonton melihat persembahan tarian Inang Batil.

Baca : Kilang Buat Capal Tradisional di Perlis

 


Persembahan Tarian Inang Batil

Persembahan Tarian Inang Batil JKKN Perlis Indera Kayangan

 

Asal Usul Tarian INANG BATIL PERLIS

Ciptaan tarian ini diilhamkan melalui kisah penglipur lara ‘Awang Batil’. Gerak tari yang dipersembahkan berasaskan gerak tari inang yang telah diubahsuai agar lebih rancak, menarik dan bertenaga.

Gerakan utama iaitu gerak liuk bahu, berkesot dan pukulan batil antara elemen baharu yang diterapkan dalam gerak tari ini. Begitu juga dengan senikata yang terdapat di dalam tari ini. Muzik dan seni kata asal daripada nyayian Awang Batil itu sendiri yang berbunyi ‘Hey’.

‘Hey’ adalah satu identiti awang batil. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa ‘Perlis Lama’ yang jarang sekali di tuturkan oleh masyarakat dan rakyat negeri Perlis.

 

Persembahan Tarian Inang Batil JKKN Perlis Indera Kayangan Persembahan Tarian Inang Batil JKKN Perlis Indera Kayangan tarian_inang_batil_perlis_03

 

Pertama kali mendengar tentang Tarian Inang Batil, pertama kali juga melihat persembahan tarian ini secara live. Ia memang satu tarian yang unik dan agak menarik untuk anda cuba.

Kostum Penari Wanita

Panjang lengan baju adalah kira-kira dua jari dari pergelangan tangan sehingga gelang yang dikenakan oleh kaum perempuan dapat dilihat. Lebar lengan baju kira-kira 3 jari dari permukaan lengan. Kedalaman baju adalah bervariasi dari sampai batas betis atau sedikit ke atas,tetapi tidak singkat. Biasanya penari perempuan akan memegang sapu tangan kecil berwarna warni sebagai tambahan bagi menyerikan tarian.

Bagi penari perempuan yang berpakaian lengkap,akan dihiasi dengan siput sanggul(cucuk sanggul) yang terdiri daripada 3 jenis iaitu,siput tegang,siput cekak dan siput lintang. Boleh juga disesuaikan dengan selendang atau penutup kepala.

Kostum Pakaian Lelaki

Bagi penari Inang Lelaki terdapat 3 jenis pakaian melayu. Pertama,Baju Melayu Cekak Musang yang terdiri dari samping,kain dan songkok. Baju ini biasa digunakan pada acara-acara keluarga seperti kenduri,perayaan dan aktiviti keramaian.

Kedua, Baju Melayu Gunting Cina,baju ini biasa digunakan dalam situasi sehari-sehari dirumah bagi acara yang tidak rasmi. Terakhir ialah Baju Melayu Teluk Belanga,baju ini terdiri dari sampin,kain dan songkok .

Sumber : https://www.emaze.com/@ALIFIZOQ/Presentation-Name

 

Kalau nak lihat tarian ini, boleh ke JKKN Negeri Perlis atau tunggu sahaja acara rasmi kebudayaan di Perlis. Biasanya mereka akan mempersembahkan tarian tradisional ini, Tarian Inang Batil bersama-sama dengan tarian tradisional lain seperti Tarian Cinta Sayang dan juga Tarian Canggung.

Kalau nak tonton persembahan Tarian Inang Batil, jangan lupa saksikan siaran Nota Kemabara Bersama MrJocko di Saluran RTM1 bermula pada bulan Disember 2016 nanti.

Atau mungkin boleh lihat ketika acara Pesta Angin Perlis yang akan datang.

Pesta Angin Timur Perlis Pada 6 – 8 Mac 2015

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.