GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Resipi Laksa Kak Su Kuala Perlis Yang Terkenal Katanya Kuah Sedap

Ramai pulak cari resipi laksa Perlis yang terkenal. Hari tu MrJocko tak sempat pulak nak singgah korek resipi laksa Kuala Perlis ini. Tetapi, untuk anda yang memang teringin nak cuba menu resipi laksa Kak Su yang dibuat dari beras ini, boleh cuba info tentang Resipi Laksa Kak Su Kuala Perlis Yang Terkenal ini.

Menu ini pun sebenarnya dikongsi oleh beberapa ‘Chef’ yang biasa dengan menu masakan laksa Perlis mengikut rasa yang pernah mereka cuba.

Kalau dapat ikut cara masak laksa beras seperti di restoran Kak Su Kuala Perlis ini, pasti akan membuatkan anda puas hati. Tak perlu lagi travel ke Perlis, semata-mata nak makan Laksa beras yang sedap.

Baca : Penggambaran Program TV Travelogue Nota Kembara Bersama MrJocko

 



 

Resipi Laksa Kak Su Kuala Perlis

 Resipi Laksa Kak Su Kuala Perlis
 
 

Resipi Laksa Kuala Perlis

1kg laksa dari beras (ia perlu direbus dan toskan)
1kg ikan kembung segar siap dibersihkan
1/2 kg ikan selayang siap dibersihkan
2 batang bunga kantan perlu dihiris
5-6 tangkai daun kesum
3-6 keping asam gelugur mengikut citarasa
3 liter air untuk kuah
garam secukup rasa

Bahan Kisar
250gm bawang besar siap dikupas
150gm cili kering mengikut citarasa pedas
25gm belacan

Bahan Hiasan
8 biji telur perlu di rebus dibelah mengikut kesesuaian
20gm cili padi di potong
5 tangkai daun selom yang di hiris
1 biji timun di hiris halus memanjang

CARA MEMASAK:

1. Rebus kedua-dua ikan kembung dan selayang. Perlu ingat untuk mengasingkan bahagian isi dan tulang ikan.
2. Isi ikan akan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian, perlu kisar tulang ikan sehingga hancur, perlu ditapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Masukkan beberapa asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasa. Biarkan mendidih dan angkat.
5. Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.
6. Akhirnya tuangkan kuah dan sedia untuk di makan.

So bagaimana? Dah tahu Resipi Laksa Kak Su Kuala Perlis ni agak-agak korang nak masak tak? Senang ke susah?

Kalau anda malas nak masak laksa, walaupun dah ada resipi sedap seperti ini, boleh saja kalau nak makan. Datang saja ke Kak Su Laksa Kuala Perlis 🙂

Nak cuba Resipi Laksa Utara, boleh baca di sini http://iresipi.com/resepi/laksa-utara/show

Baca : MrJocko dan Resipi Masakan

http://www.mrjocko.com/2016/10/kak-su-laksa-kuala-perlis-mesti-singgah-makan.html

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.