42 Piala Kepala Musuh Monsopiad Ada Di Penampang Sabah
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

42 Piala Kepala Musuh Monsopiad Ada Di Penampang Sabah

Ramai yang mungkin tidak tahu rahsia ngeri yang ada di Penampang. Di sini, 42 Piala Kepala Musuh Monsopiad Ada Di Penampang Sabah. Ia masih lagi dipamerkan kepada tontonan pelawat, sebagai salah satu tempat tarikan pelancong di Sabah. Nak tahu kat mana? Anda boleh datang ke Monsopiad Cultural Village.

Bayangkan, bagaimana Monsopiad boleh menyimpan 42 kepala manusia, digantung di bumbung rumah beliau, sebagai tanda kemenangan beliau melawan musuhnya. Sebab itu, beliau, memang antara lagenda terkenal di Sabah.

42 Piala Kepala Musuh Monsopiad

42 Piala Kepala Musuh Monsopiad Ada Di Penampang Sabah

 

 

MrJocko sempat singgah melawat di Monsopiad Cultural Village ini selama dua hari. Walaupun ketika itu, ia masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf, ia masih lagi terasa ‘misteri’ yang tersembunyi di sini. 

Paling menjadi tumpuan, tengkorak manusia yang dikatakan kepala musuh Monsopiad yang dipenggal serta Batu Besar yang diletakkan di laman Kampung Budaya Monsopiad Penampang ini.

Anda boleh baca entry MrJocko sebelum ini tentang Monsopiad di sini : –

Kisah Lagenda Monsopiad di Monsopiad Cultural Village

 

 

http://www.mrjocko.com/2016/12/kisah-lagenda-monsopiad-di-monsopiad-cultural-village.html http://www.mrjocko.com/2016/12/kisah-lagenda-monsopiad-di-monsopiad-cultural-village.html

 

Atau jika anda nak baca versi dari kajian yang pernah dibuat oleh Marius Denis di Sabah, anda mungkin boleh baca tulisan ini. Ia antara garapan cerita yang mudah anda faham tentang sejarah dan siapa dia Monsopiad.

http://sabahmerdeka.blogspot.my/2010/05/lagenda-monsopiad-oleh-linutau.html

 

Kawasan ini antara tapak asal dimana kampung Monsopiad, mengikut cerita orang lama. Ia berdekatan dengan sungai. Di bina beberapa bangunan baru seperti dewan dan cafe. Ada juga diletakkan rumah Bobohizan (Bomoh) yang menjadi watak utama ketika zaman dulu.

Paling menyeramkan juga, bila anda melihat sendiri tengkorak yang digantung di dalam rumah ini. Ada 42 tengkorak kepala manusia. Ia dipenggal oleh Monsopiad, ketika beliau menang dalam perlawanan dengan musuhnya.

 

42 Piala Kepala Musuh Monsopiad

42 tengkorak kepala monsopiad 42 tengkorak kepala monsopiad

 

Ada banyak kisah dan lagenda Monsopiad yang diceritakan oleh banyak sumber. Nak tahu mana satu cerita asli tentang Monsopiad, anda boleh semak dengan Muzium Sabah. Di sana mungkin ada fakta lengkap tentang Monsopiad. Kalau tak dapat juga, boleh dapatkan info dari sumber orang-orang Kampung Kuai Kandazon, kampung asal Monsopiad.

Banyak tempat menarik di Sabah. Apa kata, jom kita melancong ke Sabah. Sabah Ok Bah!!!

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

   
RSS
Instagram