GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Menaiki NinjaGo The Ride Di Legoland Malaysia

Memenuhi Jemputan ke LEGOLAND Malaysia, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk merasai sendiri Pengalaman Menaiki NinjaGo The Ride Di Legoland Malaysia. Ia satu permainan dalam bentuk 4D yang pertama seumpamanya di LEGOLAND Malaysia, di Malaysia dan permainan Cutting-Edge 4D Ride di dalam Asia.

Di bina di dalam taman tema LEGOLAND Malaysia, satu ruang pameran yang besar yang akan membawa pemainnya merasai ‘kehebatan’ adiwira NinjaGo dalam melawan penjahat selama beberapa minit.

NinjaGo The Ride Di Legoland Malaysia

 

NinjaGo The Ride Legoland Malaysia

 

Apa yang best tentang NinjaGo The Ride Di Legoland Malaysia?

Ia satu teknologi mainan terbaru menggunakan Cutting-Edge 4D dengan teknologi Isyarat Gerak Tangan. Dengan menggunakan ‘state-of-the-art sensor’ isyarat tangan yang membolehkan anda mengawal ‘tembakan’ yang digunakan untuk melawan musuh-musuh atau sasaran yang dituju.

Ia satu pengalaman yang menakjubkan. Bagaimana teruja anak-anak MrJocko, Khalisha dan Hasya dengan permainan 4D ini, NinjaGo The Ride Di Legoland Malaysia.

Kesan angin, asap dan haba ketika menaiki ‘Ride’ ini akan membuatkan anda seperti berada di alam semesta “Ninjago”. Permainan yang memakan masa selama lebih kurang 3 minit ini pasti akan mengujakan anda. Sepanjang perjalanan anda di seluruh arena dan medan perang untuk mengalahkan musuh NinjaGo pasti akan ada yang menakjubkan.

 

NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia

 

 

Sertai wira Ninjago dan mengalahkan The Great Devourer pada perjalanan 4D yang paling maju di Asia. Best Ooo dapar kawal unsur-unsur api, tanah, kilat, dan ais dengan hanya tangan anda.

Bawa anak-anak anda dan semestinya anda sekeluarga akan teruja dengan kehebatan permainan baru di LEGOLAND Malaysia.

 

NinjaGo The Ride LEGOLAND Malaysia

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.