GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Rahsia Bilik Tempayan Simpan Mayat Di Linangkit Cultural Village

Linangkit Cultural Village sememangnya terkenal di Sabah. Perkampungan budaya ini memang menjadi salah satu tempat menarik di Sabah dan lokasi wajib anda singgah kalau ke Sabah. Berbaloi datang ke Linangkit kerana anda akan takjub melihat beberapa rahsia yang mungkin tidak pernah anda tahu. Antaranya Rahsia Bilik Tempayan Simpan Mayat Di Linangkit Cultural Village.

Di sini, ada tersimpan banyak sejarah dan rahsia budaya suku kaum Dusun Lotud dan juga ruang untuk anda mencuba membuat kraf Linangkit yang halus, unik dan mewah bagi kalangan Dusun Lotud.

Tahukah anda, baju Linangkit boleh mencecah harga sehingga RM2,000 ke atas kerana kualiti jahitan tangan serta tempoh masa untuk membuatnya adalah memakan masa selama berbulan-bulan.

Linangkit Cultural Village Sabah

 

linangkit_cultural_village_sabah

 

Sekiranya anda dan rakan-rakan mencari keseronokan dan minat dalam kebudayaan, luangkan masa anda untuk ke Kampung Budaya Linangkit di Tuaran. Ini adalah Linangkit Cultural Village dan mereka menyediakan pengalaman berada di ‘budaya’ Suku Kaum Dusun Lotud salah satu daripada 32 kumpulan etnik di Sabah.

Lokasi Linangkit ini terletak di Kampung Selupoh, jauhnya kira-kira satu jam perjalanan dari Kota Kinabalu dengan memandu kereta. Kampung Budaya Linangkit menjanjikan pengalaman baru untuk anda untuk meyelami budaya warisan sosial masyarakat suku kaum orang Lotud Sabah.

 

linangkit_cultural_village_sabah linangkit_cultural_village_sabahlinangkit_cultural_village_sabah linangkit_cultural_village_sabah linangkit_cultural_village_ Linangkit Cultural Village linangkit_cultural_village_sabah linangkit_cultural_village_sabah

 

Andai anda ke sini berkumpulan dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ambil pakej lawatan berpandu di sekitar kampung. Anda akan berpeluang untuk memakai pakaian tradisional Dusun Lotud, demonstrasi kraftangan, demonstrasi penyediaan makanan tradisional, aktiviti menjaring ikan tradisional, memetik ubi kayu, persembahan kebudayaan, menaiki sampai di sungai dan melihat kelip-kelip.

Sudah pasti anda berpeluang untuk mencuba makanan tradisional Dusun Lotud semasa lawatan mereka.

Antara kemudahan lain di Linangkit Cultural Village ialah Dewan Terapung pelbagai guna dilengkapi dengan gelanggang badminton, Gimnasium, Pusat Karaoke dan juga Cafe serta tempat aktiviti kanak-kanak.

MrJocko dan crew bertuah kerana Ms Margaret, pengasas Linangkit Cultural Village sendiri menyambut kami dan menunjukkan kami bagaimana untuk membuat kraftangan Linangkit. Untuk cerita penuh pengalaman MrJocko di Linangkit, tonton rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko nanti ya…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.