Berakhirnya Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Berakhirnya Pengembaraan Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko

Selepas bermulanya perjalanan kami di Kangar, Perlis pada awal Oktober 2016, kami bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Dari Perlis ke Kedah, membawa ke negeri Perak, Negeri Sembilan dan seterusnya ke Melaka. Tidak habis di situ kami ke Sabah dan Sarawak. Penghujung bulan Oktober 2016, berakhirnya Pengembaraan Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko

Alhamdulillah. Ia satu pengalaman baru untuk MrJocko sebagai Pengacara dan juga Traveller. Pengalaman ini tidak akan MrJocko lupakan sampai bila-bila.

Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko

 

Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko

 

Antara yang berkerja keras untuk travelogue ini termasuk Pengarah Abang Fahizal dan Crew seperti Shah, Budi dan juga Azril. Tidak lupa juga pihak Luncai Emas Sdn Bhd termasuk juga RTM yang memberikan MrJocko peluang ini.

Kalau anda nak baca sedikit teaser, anda boleh baca di entry ini : –

http://www.mrjocko.com/nota-kembara/

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1

 

 

Banyak yang MrJocko belajar dari pengembaraan ini. Banyak juga yang MrJocko belajar dari Pengarah Abang Fahizal dan juga tunjuk ajar crew. InsyaAllah, kalau tidak ada aral, akan ada sambungan untuk Musim Kedua. Moga-moga dipermudahkan.

Bercerita tentang lokasi perjalanan pengembaraan kami sepanjang Nota Kembara Bersama MrJocko ini, tidak pernah terfikir sebenarnya nak masuk ke hujung kampung seperti di Pendang, Kedah, Kota Belud di Sabah dan Kampung Tellian di Mukah, Sarawak. Walaupun perjalanan ada yang memakan masa selama 10 jam, ia memang mengujakan

Andai anda peminat jalan-jalan, traveloque, pembuatan kraf, kebudayaan serta tempat-tempat menarik di Malaysia, jangan lupa tonton travelogue ini, Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko.

 

 

Menurut pihak produksi dan RTM, ia akan ditayangkan pada bulan Mac 2016 dan InsyaAllah akan ditayangkan pada waktu puncak selepas Berita Jam 8.00 malam. Jadi, sama-sama kita tunggu depan TV RTM1 yer…

Sekali lagi, Ucapan Terima Kasih MrJocko kepada semua yang telah menjayakan Nota Kembara Bersama MrJocko. Samada team produksi, abang-abang serta kakak-kakak yang turut sama dalam program ini. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.

Assalamualaikum #NotaKembaraBersamaMrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

   
RSS
Instagram