GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

China Town Bangkok Ramai Tak Tahu Lokasi Ini

Pernah dengar China Town di Bangkok? Ya, China Town Bangkok Ramai Tak Tahu Lokasi Ini. Kedudukkannya tidak jauh dari pusat bandar Bangkok. Kalau dari Silom Night Market, ia cuma sejauh 4km sahaja. Lagipun ia mudah akses dengan menaiki bas, teksi, tuk-tuk ataupun LRT.

Ini kali ke 4 MrJocko ke bandar Bangkok. Tetapi, ini kali pertama MrJocko sampai di China Town Bangkok. Memang teruja melihat sepanjang Jalan Yaowarat, iaitu jalan utama di China Town Bangkok ini berbeza dengan jalan-jalan lain di Bangkok. Kiri dan kanan penuh dengan signboard tulisan Cina menggambarkan ia adalah kawasan yang majoritinya berbangsa Cina.

Baca : Destinasi Menarik Di Bangkok Thailand

China Town Bangkok

China Town Bangkok Ramai Tak Tahu Lokasi Ini

 

China Town ini juga dekat dengan Yaowarat China Town Museum dan juga Golden Buddha Temple yang terkenal di Bangkok.

Bermula dengan binaan Gerbang yang besar ini, ia menandakan kawasan ini adalah kawasan China Town di Bangkok. Anda boleh lihat sendiri di sini ada unsur binaan 2 Singa Jantan dan Singa Betina yang sinonim dengan masyarakat Cina seluruh dunia.

Kalau anda perhatikan, seluruh negara di dunia ini, hampir setiap daripada negara yang terkenal punyai kawasan China Town mereka tersendiri. Sebab itu fakta yang selalu anda dengan, bangsa Cina adalah bangsa yang paling ramai di dunia.

 

China Town Bangkok pasar di china town bangkok China Town Bangkok pasar di china town bangkok pasar di china town bangkok pasar di china town bangkok

 

 

Sepanjang hampir 1km anda boleh berjalan di susur kaki lima di Jalan Yaowarat di China Town Bangkok. Kiri dan kanan ada banyak gerai yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, makanan, minuman, buahan dan banyak lagi. Boleh kata semua benda ada di sini. Harga yang dijual di sini jauh lebih murah berbanding lokasi lain.

Kalau sebelum ini, ramai pelancong ke Bangkok akan selalu singgah shopping di Silom Nigh Market, Rod Fai Night Market, Patpong Night Market, JJ Green Night Market, Aisiatique Night Market, MBK Shopping Centre, Siam Paragon dan banyak lagi. Apa kata cuba singgah di China Town Market.

Ada banyak yang menarik dan MrJocko akan kongsi rahsia yang ada di China Town Bangkok dalam entry lepas ini. Nak tahu kena la tunggu. Rahsia China Town Bangkok ni mungkin berguna kepada sesiapa yang nak berniaga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.