GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tempat Beli Barang Borong Di Bangkok Ialah Di China Town Bangkok

Ada rahsia baru yang MrJocko pelajari bila sertai Media Trip Bangkok bulan Januari 2017 lepas sempena dengan Thailand Tourism Festival. Rahsia tersebut ialah Tempat Beli Barang Borong Di Bangkok ialah di China Town Bangkok. Terus terang, ini kali pertama MrJocko perasan yang di Bangkok juga ada kawasan kejiranan kaum Cina yang dikenali sebagai China Town.

Sebenarnya, banyak bandar utama di dunia ada lokasi China Town. MrJocko memang selalu ke China Town di Kuala Lumpur, pernah singgah di China Town di Seoul, China Town di Melbourne, China Town di Jepun dan kini singgah di China Town Bangkok.

Banyak yang unik di China Town Bangkok. Antara yang menarik, ia diasaskan oleh komuniti kaum Cina yang mula berniaga emas di Thailand. Sebab itu, antara kedai yang paling popular di sini ialah kedai menjual emas dan perhiasan emas.

Baca : Tempat Menarik di Bangkok Thailand

 



 

Tempat Beli Barang Borong Di Bangkok

Tempat Beli Barang Borong Di Bangkok Ialah Di China Town Bangkok
 

Chinatown yang popular di Bangkok terletak di Jalan Yaowarat. Di satu lorong di sana, menjadi lokasi pusat jualan barangan borong untuk peniaga di Bangkok. Ramai juga peniaga dari Malaysia singgah beli stok jualan mereka di sini untuk di jual di Malaysia.

Kenapa kat sini jual barang borong yang murah? MrJocko tak tahu. Mungkin sebab di sini ramai peniaga asal dari kaum Cina yang memang pandai berniaga menawarkan jualan borong untuk peniaga runcit.

 

barang murah di Bangkok Thailand

 

Lihat sahaja beg tangan kecil ini. Kalau di beli di Malaysia, ia mungki sekitar RM4 – RM5. Tetapi di Chinatown Bangkok, ia dijual dengan harga jualan borong serendah Baht10 sahaja. Sekitar RM1.20. Murah kan?

 

China Town Bangkok China Town Bangkok China Town Bangkok China Town Bangkok China Town Bangkok

 

Memang ketara, di China Town Bangkok adalah pusat beli barang borong yang memang terkenal. Dari makanan, pakaian, aksesori, gajet telefon dan banyak lagi produk lain yang boleh anda beli dengan harga borong. Kalau banyak, mereka akan hantar guna pos.

Saya lihat banyak produk kanak-kanak seperti mainan, anak patung, baju kanak-kanak- t-shirt, beg tangan perempuan, barangan kulit untuk lelaki serta aksesori lain ada dijual di sini. Ini syurga kalau anda nak beli barang barang borong di Bangkok.

Jadi, kalau nak berniaga, anda dah tahu kat mana nak cari barang borong yang murah dan cantik di Bangkok. Datang la ke China Town Bangkok 🙂

Apa Yang Menarik di Chinatown Bangkok, Thailand?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.