Korea Tourism Organization Lancar Kempen Wow! PyeongChang
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Korea Tourism Organization (KTO) Lancar Kempen Wow PyeongChang

Sempena dengan kejayaan PyeongChang menjadi tuan rumah Winter Olympic 2018, Korea Tourism Organization (KTO) Lancar Kempen Wow PyeongChang untuk penyokong mereka di Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk membantu mempromosikan Winter Olympic di PyeongChang pada tahun 2018.

Ada cerita agak menarik tentang bidaan PyeongChang untuk sampai ke tahap ini. Kisahnya, PyeongChang memulakan program bidaan menjadi tuan rumah Winter Olympic sejak tahun 2003 lagi. Pernah dua kali tidak terpilih, namun mereka tidak berputus asa. Akhirnya pada tahun 2011, mereka berjaya dipilih untuk menganjurkan PyeongChang 2018 Winter Olympic.

Kempen Wow PyeongChang Malaysia Supporters

Korea Tourism Organization Lancar Kempen Wow! PyeongChang

 

Sempena dengan kempen mereka untuk Winter Olympic 2018 ini juga, KTO telah membuka ‘booth’ khas di Ground Floor Korea Plaza, Wisma Hap Seng Kuala Lumpur. Jika anda ke sini, anda akan dapat melihat video, gambar dan maklumat lanjut tentang kempen dan tempat menarik yang ada di Korea sepanjang tahun, khususnya pelancongan sukan di Winter Olympic PyeongChang.

Wow! PyeongChang supporters program ini adalah inisiatif KTO Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan ‘influencer’ dan ‘blogger’ bagi mempromosikan Winter Olympic 2018. Dalam promosi ini, mereka akan mempromosikan info tentang 2018 Winter Olympics, stadium, game yang akan dipertandingkan, maklumat pelancongan, serta festival yang akan berlangsung di sana.

#WowPyeongChang

Kempen Wow PyeongChang Lancar Kempen Wow! PyeongChang Kempen Wow PyeongChang Kempen Wow PyeongChang

 

Turut sama dalam majlis ini ialah Ms Nuri Kim, Tourist Marketing Manager dan Mr Lee Younggeun Managing Director of KTO Malaysia Branch.

Untuk influencer dan blogger, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah sebagai “Best Supporters Award’ yang akan melayakkan mereka memang hadiah seperti trip percutian ke Korea. Manakala Top Best Supporters pula akan menerima ‘full sponsorship’ oleh KTO dan Gangwon Province termasuk flight dan juga ground arrangement.

Menarik sangat-sangat. Ia mungkin peluang terbaik untuk mereka menang dan bercuti ke Korea dengan percuma. Mana tahu, ada rezeki boleh pergi masa 2018 Winter Olympics 🙂

Memang kawasan PyeongChang ni tak ramai lagi orang Malaysia singgah. Biasa orang akan ke Mount Sorak dan Teddy Bear Farm. Nak ke PyeongChang, dulu ia terletak agak jauh dari bandar Seoul. 

Kini, tunggu beberapa bulan lagi, Korea Train Express (KTX) akan membawa anda dari Seoul ke PyeongChang dalam hanya cuma sekitar 90 minit sahaja.

Jom ke Korea. Nak tahu apa yang menarik di Korea anda boleh lakukan carian menggunakan hashtaq #VisitKorea #2018WinterOlympics #PyeongChang

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

   
RSS
Instagram