GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia

Anda yang menunggu smartphone baru yang berada ditahap harga murah dengan kapasiti yang terbaik, mungkin akan menunggu keluaran terbaru Xiaomi ini. MrJocko sempat melihat dan berkongsi review dengan syarikat Xiaomi Malaysia dan Lazada Malaysia sempena dengan Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia baru-baru ini.

Memandangkan ini satu produk baru yang menarik, pasti ramai rakan blogger yang lain turut sama dalam majlis pelancaran ini. Kali ini, kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bermain dengan Redmi 4A, Redmi Band 2, Mi Bluetooth Speaker dan juga Mi Powerbank.

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia

pelancaran xiaomi redmi 4a di lazada

 

Kalau nak tahu spesifikasi smartphone ini, boleh semak di web rasmi Xiaomi Malaysia. Untuk info ringkas tentang spesifikasi Xiaomi Redmi 4A ialah seperti kapasiti 2GB RAM, 16GB simpanan storan dan Adreno 308 GPU.

Menarik juga bila Xiaomi Redmi 4A ada kuasa 3030mAh bateri / 3120mAh (tipikal) dan bateri ini tidak boleh ditanggalkan. Kualiti skrin mempunyai paparan HD bersaiz 5 inci (1280×720 pixel) dan pemprosesan Cortex A53 quad-core Qualcomm Snapdragon 425 64-bit dengan kelajuan sehingga 1.4GHz.

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A

 

Xiaomi juga terkenal dengan Power bank MI yang memang awesome. Model kecil Power Bank MI ini dulu memang ramai yang beli sehinggakan selalu kehabisan stok.

 

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada Malaysia

 

Kualiti kamera belakan 13MP dan kamera depan untuk selfie 5MP memang awesome. Rakaman video juga adalah dalam saiz 1080p. Kualiti memang la berbaloi dengan Xiaomi Redmi 4A ini.

 

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A Di Lazada

 

Redmi 4A di Lazada Malaysia

MrJocko cuba snap gambar selfie dan juga rakam video guna Redmi 4A. Dengan harga RM449, ia memang smartphone memuaskan. Tak perlu nak ‘spend’ duit banyak, redmi 4A dan memadai untuk mereka yang inginkan smartphone kegunaan harian. Katanya, Redmi 4A ini membolehkan anda guna dua Aplikasi Whatsapp. Ya! 2 aplikasi Whatsapp untuk satu smartphone. Hebat kan???

Dwi-SIM Redmi 4A hybrid datang dengan slot SIM yang menyokong satu Micro-SIM dan lain-lain Nano-SIM bersama kad microSD.

Harga Redmi 4A ini murah sahaja boleh didapati di Lazada Malaysia dengan hanya RM449 sahaja. Wow!!!

Buat masa ini ada dua warna sahaja yang boleh anda beli melalui laman Web Belian Online Lazada Malaysia iaitu warna Gold dan Rose Gold. Cepat!!! Harga murah, smartphone hebat, rugi la kalau tak beli,,,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.