GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Arashiyama Benkei Rooms Kyoto Ryokan Penginapan Mewah Cara Jepun

Orang Jepun mementingkan kualiti dan juga budaya kepercayaan mereka. Antara yang menarik jika anda ingin cuba sesuatu yang unik di Arashiyama ialah dengan menginap di Arashiyama Benkei Rooms Kyoto Ryokan Penginapan Mewah Cara Jepun. Arashiyama Benkei ini menyediakan pakej penginapan sebenar cara orang Jepun untuk anda dan keluarga alami sendiri.

Arashiyama Benkei menyediakan kemudahan 10 bilik yang mana kesemuanya dengan daya tarikan tersendiri. Setiap bilik di Arashiyama Benkei adalah direka dan dilengkapi dalam gaya Jepun. Setiap bilik juga mempunyai pemandangan pergunungan Arashiyama atau taman yang subur.

Arashiyama Benkei Rooms Kyoto Ryokan

Arashiyama Benkei Rooms Kyoto
MrJocko sempat buat ‘rooms inspection’ di Arashiyama Benkei Rooms Kyoto Ryokan ini. Lokasi Benkei Ryokan Kyoto ini antara penginapan mewah untuk kumpulan 6 – 8 orang. Ia menawarkan saiz penginapan sekitar 1000 kaki persegi dengan kemudahan 2 bilik tidur, satu ruang tamu, dapur memasak dan semestinya onsen gaya hidup orang Jepun.

Tetamu yang menginap di Arashiyama Benkei Rooms pasti akan menikmati penginapan yang damai dengan keindahan pemandangan Arashiyama yang unik. Tak kira musim panas, musim sejuk, musim luruh atau musim bunga, semua waktu sesuai untuk anda cuba.

Bersebelahan dengan Arashiyam Benkei Rooms ada restoran mereka yang terkenal. Boleh baca di sini.

Arashiyama Benkei Restaurant And Rooms Ada Menu Friendly Muslim

 

arashiyama benkei rooms ryokan

arashiyama benkei rooms ryokan arashiyama benkei rooms ryokan

 

Bilik Onsen ini adalah bilik private bath yang memang menjadi ‘ikon’ resort mewah di Jepun. Air dari mata air dikorek semata-mata untuk mendapatkan salur air memenuhi kolam mandi Onsen Jepun.

Menarik sekali dan ia menjadi satu tarikan utama tetamu resort yang inginkan privasi mewah di Arashiyama Benkei Rooms.

 

arashiyama benkei rooms ryokan arashiyama benkei rooms ryokan

 

 

Sangat menarik kerana ia mengekalkan banyak unsur-unsur tradisional Jepun di dalam rumah ini. Of course ada tambahan unsur moden tetapi keaslian hidup di dalama rumah orang Jepun dapat dirasakan di sini.

Nak tahu lebih lanjut boleh lihat banyak lagi bilik di Benkei Rooms Arashiyama di sini http://www.benkei.biz/en/index.html#rooms

Nak rasa gaya hidup orang jepun yang asli, ini lah lokasi yang patut anda cuba. Memang awesome. Teringin nak stay di sini semalam menikmati keindahan alam melihat pemandangan Monkey Mountain dan juga udara sejuk Arashiyama. InsyaAhllah, next time.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.