GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Cantiknya Bunga Ume Japanese Apricot Di Arashiyama Kyoto

Musim bunga Sakura atau Cherry Blossoms memang menjadi pilihan ramai pelancong untuk ke Jepun. Tetapi, kalau korang lihat bunga ini, korang juga akan teruja. Lihatlah betapa Cantiknya Bunga Ume Japanese Apricot Di Arashiyama Kyoto. Ia sudah mula kembang berbunga sejak awal Februari dan akan berakhir dalam masa sebulan.

Bunga Ume Japanese Apricot ini biasanya akan kembang berbunga pada musim ‘winter’ dan kemudiannya akan digantikan dengan musim bunga Sakura. Warna bunga Ume Japanese Apricot ini lebih kepada warna merah jambu. Kalau banyak pokok sekitarnya, pasti lebih cantik.

Bunga Ume Japanese Apricot

Bunga Ume Japanese Apricot

 

Mengikut cerita, asal usul pokok Ume Japanese Apricot ini asalnya dibawa dari negera China. Pada satu masa dahulu, Kenzuishi (Delegasi diplomatik rasmi Jepun yang dihantar ke China semasa Dinasti Sui) membawa pokok ini datang ke Jepun. Sejak itu, ia ditanam dan dibiakkan.

Yang unik, buah Ume Japanese Apricot ini boleh dimakan. Sayang pulak sebab masa kami kat sana tidak pulak kelihatan buah apricot ini. Mungkin selepas berbunga lebat, buat apricot akan mula masak.

Ume Japanese Apricot ini di dalam bahasa bunga ia mempunyai maksud “Elegance”, “Kesetiaan” dan “Hati Tulen”.

 

 

Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot Bunga Ume Japanese Apricot

 

Kalau ikut pengamatak MrJocko, bunga Ume Japanese Apricot ini mempunyai saiz bunga yang kecil sedikit berbanding bunga Sakura atau Cherry Blossoms. Kelopaknya juga agak kecil dan mempunyai warna lebih kepada merah jambu cair berbanding bunga Sakura.

Kalau nak datang ke Osaka dan Kyoto, masa sesuai untuk melihat bunga Ume Japanese Apricot ini ialah pertengahan bulan Februari hingga awal Mac setiap tahun. Tetapi ia masih bergantung kepada suhu dan cuaca. 

Kalau nak lihat bunga Sakura, pastinya kena datang akhir Mac hingga pertengahan April di Osaka dan Kyoto. Pasti lebih cantik bila melihat kawasan Arashiyama ini penuh dengan kelopak bunga Cherry Blossoms berwarna warni.

Maklumat lanjut pasa aktiviti menarik di Kyoto atau tempat menarik di Kyoto, anda boleh baca dalam versi bahasa Inggeris di laman web https://www.discoverkyoto.com/?gad

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.