GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Matta Fair 2017 Di PWTC Saya Promosi Japan Booth Kanagawa

Ini satu pengalaman baru bekerja dengan colleagues dari Jepun. Ini pertama kali MrJocko kerja bersama-sama dengan orang Jepun. Semasa Matta Fair 2017 Di PWTC Saya Promosi Japan Booth Kanagawa. Peluang terbaik bagi MrJocko untuk menunjukkan potensi diri bahawa, MrJocko juga kerja kuat dan ada disiplin sama macam orang Jepun.

Kali ini, MrJocko mempromosikan Kanagawa Prefecture yang berada di sebelah Selatan Tokyo. Kanagawa adalah prefecture paling dekat dengan Tokyo dan dekat dengan Haneda Airport. Mungkin korang jarang dengar, tetapi kalau sebut Yokohama atau Kawasaki, mesti ramai yang akan angguk.

Matta Fair 2017 Di PWTC

matta fair 2017 di pwtc

 

Banyak tempat menarik di Kanagawa yang boleh anda lawati sebenarnya. MrJocko sendiri pernah melancong ke Kanagawa Prefecture. Masa tu kami ke Hakone dan Gotemba Premium Outlet. Tarikan pelancong di Kanagawa memang agak unik dan ia memang perlu dipromosikan kerana masih ramai yang tidak kenal Kanagawa.

Yokohama adalah bandar paling popular di Kanagawa. Ia antara lokasi pelabuhan yang sudah terkenal sejak dulu lagi. Ada Japan Folk House (Nihon), ada Museum Doraemon, ada Aquarium, ada Yokohama Chinatown, ada Ramen Museum dan banyak lagi kalau nak cerita.

 

matta fair 2017 di pwtc matta fair 2017 di pwtc matta fair 2017 di pwtc matta fair 2017 di pwtc

 

Menarik juga sebab kalau nak ke Yokohama, tak perlu nak naik bullet train dari Tokyo. Cukup sekadar naik jaringan keretapi JR Lines dan beberapa jaringan keretapi lain. Kalau nak ke Hakone, boleh ambil Day Pass dari Shinjuku Station. Nak shopping ke Gotemba Premium Outlet pun, boleh naik bas atau keretapi sahaja.

Pengalaman bekerja semasa Matta Fair 2017 memang mengujakan. Kami berjaya habiskan ribuan pamphlets dan flyers paling cepat di antara Japan Booth yang lain. Kami juga berjaya habiskan 330pcs Survey Forms. Kami paling awal kerana team kami memang terbaik. Banyak juga yang MrJocko belajar cara orang Jepun kerja… Priceless.

Terima kasih atas kerjasama dari Kak Kasmah (Kanagawa Prefecture Singapore), Raphael, Kinjo, Amir dan juga Nagaoka.  InsyaAllah, kalau ada rezeki, next Japan Travel Fair atau next Matta Fair, MrJocko akan sertai lagi. 

Untuk korang yang nak melancong ke Tokyo, ambil masa sehari dua untuk singgah melancong ke Kanagawa Prefecture. Banyak yang menarik kat sana…

 

matta fair 2017 di pwtc

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.