Persediaan Winter Olympic PyeongChang 2018 Di Korea Selatan
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Persediaan Winter Olympic PyeongChang 2018 Di Korea Selatan

Persediaan Winter Olympic PyeongChang 2018 di Korea Selatan menakjubkan ramai peminat sukan dunia. Kenapa tidak, persediaan untuk menganjurkan Winter Olympic PyeongChang 2018 memang menjadi keutamaan negara Korea Selatan ini dalam usaha untuk memberikan pengalaman Sukan Musim Sejuk terbaik di dunia.

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIII akan diadakan selama 17 hari dari 9  hingga 25 Februari 2018 di Pyeongchang, Wilayah Gangwon, Republik Korea Selatan. PyeongChang telah dipilih sebagai bandar raya tuan rumah 2018 Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas menerima undi majoriti pada Sesi IOC ke-123 yang diadakan pada 7 Julai 2011 selepas tiga tawaran berturut-turut.

Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan di Korea buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas Seoul Sukan Olimpik pada tahun 1988. PyeongChang akan menjadi pentas untuk Pembukaan dan Penutupan Upacara Winter Olympic 2018. 

Persediaan Winter Olympic PyeongChang 2018

 

winter olympic pyeongchang 2018

 

Persediaan PyeongChang untuk Winter Olympic 2018 memang membuktikan bahawa mereka layak untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Di lokasi yang akan menjadi tumpuan dunia, mereka sedang giat menyiapkan venue untuk acara sukan musim sejuk 2018.

Antara yang terlibat ialah di kawasan ‘Snow & Sliding Sports’ seperti Alpensia Ski Jumping Centre, Alpensia Biathlon Centre, Alpensia Cross-Country Skiing Centre, Alpensia Sliding Centre, Yongpyong Alpine Centre, Bokwang Phoenix Park dan Jeongseon Alpine Centre. 

Manakala kawasan ‘Ice Sports’ seperti Gangneung Hockey Centre, Gangneung Oval, Gangneung Ice Arena, Gangneung Curling Centre dan Kwandong Hockey Centre.

Baca : MrJocko dan Korea

 

Persediaan Winter Olympic PyeongChang 2018 Persediaan Winter Olympic PyeongChang 2018

 

Tidak cukup dengan itu, pembinaan lebuhraya Yeongdong antara Gwangju di Wilayah Gyeonggi dan Wonju telah siap dibina. Ada satu lagi lebuhraya baru antara Timur Hongcheon dan Yangyang kini dalam pembinaan.

 

lebuhraya baru Seoul PyengChang 2018

 

Apabila lebuhraya baru ini siap dibina, ia akan mempunyai jaringan jalanraya dan menghubungkan trafik dari Seoul dan wilayah Gangwon atau Gangneung. Lebuhraya ini akan meningkatkan aktiviti pelancongan antara kedua-dua wilayah.

Lebuhraya ini juga akan memendekkan perjalanan dari Seoul ke Gangneung. Tahun 2013 semasa MrJocko ke PyeongChang, perjalanan agak jauh kerana menggunakan jalan lama.

 

alpensia PyeongChang 2018

 

Masa MrJocko ke PyeongChang dulu, bulan Mei 2013. Dah tak ada salji. Teringin nak ke sana sekali lagi untuk lihat kemeriahan Winter Olympic 2018. Mana tahu ada rezeki untuk bermain salji.

Lagipun, yang menarik juga tentang Winter Olympic 2018 ini mereka mempunyai 20 Olympic events, 5 Paralympic events, 2 event bukan pertandingan dan 2 event bukan event sukan. Semestinya, tiba saja bulan Februari 2018, bandar PyeongChang akan meriah dengan kehadiran ramai atlet dan pengunjung sempena PyeongChang 2018.

Sempena dengan PyeongChang 2018, ada 2 jenis venue stadium yang boleh anda lawati. PyeongChang Mountain Cluster adalah termasuk Pyeongchang Olympic Stadium, Alpensia Biathlon Centre, Alpensia Ski Jumping Centre, Alpensia Sliding Centre, Alpensia Cross-Country Skiing Centre, Yongpyong Alpine Centre, Jeongseon Alpine Centre dan Phoenix Snow Park.

Manakala Gangneung Coastal Cluster ialah termasuk Gangneung Hockey Centre, Gangneung Oval, Gangneung Ice Arena, Gangneung Curling Centre dan Kwandong Hockey Centre.

Untuk info korang, PyeongChang 2018 adalah dibawah anjuran The PyeongChang Organizing Committee for the 2018 Olympic and Paralympic Winter Games. Kalau nak tengok persediaan lain tentang Winter Olympic 2018 ini boleh layari laman web www.PyeongChang2018.com

#WinterOlympic2018 #WowPyeongChang

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.