GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Zabuton Cushion Japan Produk Tradisional Asli Di Platz Arashiyama

Hari pertama kami singgah di Arashiyama, MrJocko dijemput oleh Mr Shuichi Kato pemilik Platz, sebuah kedai kusyen tradisional Jepun yang terkenal di Kyoto. Kalau anda nak tahu, Zabuton Cushion Japan Produk Tradisional Asli Di Platz Arashiyama. Hasil kusyen yang dibuat disini adalah produk premier dan menjadi pilihan peminat koleksi kusyen asli di Jepun.

Kalau anda nak tahu, pada zaman purba dulu kala, asalnya tikar tatami telah dicipta dari tenunan tikar Mushiro yang digunakan sebagai tempat tidur dan permaidani. Ia adalah antara produk di Jepun yang mahal dan prestij.

Dari tikar tersebut, kusyen (Zabuton Cushion Japan) pertama telah dihasilkan. Menggunakan kapas yang diimport sejak zaman Kamakura dan bentuk masih wujudnya hari ini dengan padding kapas dalaman. Ia dikatakan telah wujud sejak sekitar zaman Edo.

Zabuton Cushion Japan Produk Tradisional Asli

zabuton cushion japan

 

Zabuton Cushion ini adalah antara produk unik di Jepun. Walaupun ia sekadar alas tempat duduk, tetapi orang Jepun mengambil berat dan mencipta Zabuton Cushion Japan ini sebaiknya.

Mr Shuichi Kato beritahu MrJocko bahawa, pembuatan Zabuton Cushion ini mengekalkan ciri asli dan keselesaan penggunanya. Bukan sekadar pelapik tetapi ia sebagai penyokong tulang belakang supaya berada dalam keadaan yang betul dan sihat.

Ramai yang tidak tahu cara duduk yang betul tentang bantal Zabuton Cushion ini. Ia mempunyai jahitan yang kemas dan mempunyai sebab dan ‘adat’ yang tersendiri ketika duduk diatas kusyen ini.

 

 

zabuton cushion japan kyoto zabuton cushion japan kyoto Kedai Bantal Zabuton Cushion Di Kyoto zabuton cushion japan kyoto zabuton cushion japan kyoto

 

Antara yang MrJocko ingat tentang penggunaan Zabuton Cushion Japan :

Ia adalah pelapik tempat duduk sejak zaman dulu
Di buat dari produk kain yang berkualiti
Jahitan mempunyai maksud tersendiri
Duduk menghadap bahagian yang tidak punyai jahitan
Arah benang menunjukkan arah kedudukan kusyen Zabuton sebenar

“Saya tahu sejarah kusyen zabuton baik bagi orang Jepun dan sehingga kini ia telah hanya menjadi mesra tersayang sebagai item gaya hidup, tetapi pada masa akan datang akan penggunaannya mungkin berubah sekali lagi?” Terang Mr Shuichi Kato tentang ‘passion’ membuat Zabuton Cushion Japan yang berkualiti.

 

Zabuton Cushion Japan

Zabuton Cushion Japan

 

Kalau anda nak beli Zabuton Cushion ini, boleh ke kedai beliau yang diberi nama PLATZ di Arashiyama. Ia berada di jalan menuju ke Bamboo Forest Arashiyama. Ada banyak info dalam laman web rasmi mereka http://www.kyoto-platz.jp

Nak baca lebih pasal Zabuton Cushion boleh baca di sini : http://www.jcrafts.com/eg/shop/special.asp?id=crafts_platz

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.