GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Osaka

Ramai yang mesti suka lihat filem Samurai atau Ninja di TV. Ramai juga yang mesti nak tahu harga pedag Samurai dan Pedang Ninja yang di jual di Jepun. MrJocko sempat survey Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Osaka. Pedang Samurai ini adalah pedang imitation atau pedang yang dibuat hampir sama dengan pedang asli.

Harga Pedang Samurai ini tidak la mahal sangat kalau nak dikira dengan kualiti pembuatannya. Harga pedang Samurai ini bermula dari harga sekitar 5,000 Yen. Tapi kena ingat, model Pedang Samurai ini tidaklah sebaik Pedang Samurai lagenda seperti yang dikenali dengan nama Katana. Kalau jenis tu, Katana Asli harga mencecah puluhan ribu ringgit.

Baca : Tempat Membeli Belah Best Di Osaka Jepun

Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace

harga pedang samurai di osaka
 

Dalam Tempozan Marketplace ini ada satu kedai menjual produk dan aksesori untuk Samurai dan Ninja. Untuk info, Samurai dan Ninja adalah antara ikon pahlawan negara Jepun dahulu kala yang menjadi kebanggaan mereka hingga kini.

Nama kedai di Tempozan Marketplace ini ialah Shinobiya. Di dalamnya ada banyak peralatan yang berkaitan dengan Samurai dan Ninja. Semestinya ada dijual pakaian Ninja, replika baju samurai, pedang samurai dan banyak lagi.

 

Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace

 

Lihat di belakang MrJocko, ada puluhan pedang Samurai dan Pedang Ninja yang disusun dan untuk dijual. Ia adalah pedang tiruan tetapi mempunya saiz, bentuk dan juga rekaan yang hampir sama dengan pedang asli.

Kalau peminat barangan Samurai dan Ninja, mesti korang akan teruja melihat pedang Samurai dan Pedang Ninja di sini.

 

Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace

 

Cuba lihat harga pedang ini, hanya 6,000 Yen (RM250). Tidak la mahal sangat. Kalau jenis yang pedang panjang, harga Pedang Samurai ini dalam lingkungan 9,000 Yen (RM360). Kalau peminat Samurai atau Ninja, rasanya harga ini berbaloi untuk korang beli dan simpan.

Jangan risau, Pedang seperti ini boleh dibawa pulang menaiki kapalterbang jika ia dibalut seeloknya dan dimasukkan ke dalam kargo.

 

Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace Harga Pedang Samurai Di Tempozan Marketplace

 

Lepas shopping di dalam Marketplace Mall, boleh santai kejap diluar melihat pertunjukkan percuma yang ada diperkarangan shopping mall ini setiap hari. Adan banyak street show termasuk Magik, Tarian, Buskers dan macam-macam lagi.

Contohnya seperti pertunjukkan di atas, walaupun sejuk, korang mesti akan rasa terhibur melihat pertunjukkan ‘permainan api’ seperti ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.