K-Style Hub Korea Destinasi Wajib Lawat Korea Tourism
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

K-Style Hub Korea Destinasi Wajib Lawat Korea Tourism Organization

Pertama kali melancong ke Korea ialah pada tahun 2011. Masa tu MrJocko dengan wife kembara dari Seoul menuju Sokcho dan kembali semula ke Incheon. Tahun 2014, kami pusing area Seoul sahaja. Masa tu, K-Style Hub belum ada. Sekarang, destinasi K-Style Hub Korea Destinasi Wajib Lawat Korea Tourism Organization.

Terletak ditengah bandaraya Seoul, berdekatan dengan Cheonggyecheon River. kalau tak silap, K-Style Hub Korea ini dibina di tapak bangunan lama Korea Tourism Organization.

K-Style Hub Korea Destinasi Wajib Lawat Di Seoul

K-Style Hub Korea Destinasi Wajib Lawat

 

Sebaiknya, kalau pertama kali sampai di Seoul, Korea, boleh ambil masa ke K-Style Hub dulu. Di sini merupakan info setempat yang korang perlu tahu tentang Korea. Semua info tentang Korea Selatan, ada di sini. Masuk adalah percuma dan ia dibuka setiap hari dari jam 9.00am sehingga jam 8.00pm untuk bahagian Tourist Information Center di Tingkat 2.

Manakala di bahagian Tingkat 3 sehingga Tingkat 5 bahagian Korean Food Culture Experience facilities dibuka dari jam 10.00am sehingga jam 8.00pm. Bagi anda yang nak mencuba memakai pakaian tradisional Korea, Hanbok Experience, ia dibuka pada jam  10.00am sehingga jam 6.00pm sahaja.

Masa MrJocko singgah hari tu, ramai pelancong dari serata dunia berada di sini untuk melihat Korea dari dekat dengan bantuan Korea Tourism Organization ini. Ini satu effort yang terbaik MrJocko pernah lihat dari badan berkaitan dalam mempromosikan industri pelancongan Korea.

 

K-style Hub Korea K-style Hub Korea K-style Hub Korea

 

Di Tingkat 2, ada banyak bahagian yang menarik. MrJocko rasakan, ini bahagian yang paling mencuri tumpuan pelancong. Di sini korang boleh bergambar dengan artis pujaan K-Pop seperti PSY, Rainbow, 2NE1, G-Dragon dan juga Bigbang. Ada skrin 3D animated dan sesiapa sahaja boleh bergambar.

Sebelah tepi ada ruangan VR dimana tetamu boleh merasai pengalaman meneroka Korea dengan hanya butang Virtual Reality. Tambah lagi, sekarang KTO tengah aktif mempromosikan Sukan Musim Sejuk 2018 (Winter Olympic 2018), maka ada banyak info tentang PyeongChang 2018 yang akan berlangsung tahun depan.

 

K-style Hub Korea
K-style Hub Korea

K-style Hub Korea K-style Hub Korea

 

Bagi yang minat makanan tradisional Korea dan juga memasak, korang boleh menyertai demonstrasi memasak makanan Korea kegemaran korang.Di Sini juga ada sejarah banyak makanan Korea yang mungkin anda belum tahu.

Ada ramai staff di sini yang fasih berbahasa Inggeris. jadi tanya sahaja kepada mereka jika anda memerlukan apa-apa bantuan ataupun informasi. 

Bangunan K-Style Hub ni memang menjadi semakin popular setiap hari dan menjadi tempat wajb lawat pelancong yang datang ke Seoul. Korang boleh bersantai di sini sambil mendapatkan info dan juga minum kopi sementara untuk meneruskan kembara korang di bumi Korea.

Maklumat lanjut tentang banyak lagi yang menarik di K-Style Hub boleh anda layari di laman web rasmi mereka di www.visitkorea.or.kr .

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.