GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Ada Makanan Halal Muslim Menu Korean Air Untuk Orang Islam

Melancong ke Korea lebih mudah sekarang ini. Dah la ada banyak penerbangan dari KLIA ke Seoul atau Busan, malah urusan penerbangan pun lebih mudah. Kalau nak tahu, Ada Makanan Halal Muslim Menu Korean Air Untuk Orang Islam.

Bukan setakat dua atau tiga menu, sebenarnya ada banyak menu yang boleh korang pilih samada untuk sarapan pagi, lunch, minum petang atau makan malam. Itu belum termasuk menu Vegetarian, yang sememangnya boleh juga dimakan oleh orang Muslim.

Halal Muslim Menu Korean Air

Halal Muslim Menu Korean Air

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Semasa penerbangan MrJocko dari Incheon Seoul ke KLIA, kami menaiki penerbangan petang. Oleh itu, menu kami dalam flight ialah menu makan petang (hi-tea). Alhamdulillah, pihak Korea Tourism Organization Malaysia dari awal lagi sudah menempah menu makanan Halal untuk kami, rakan-rakan yang beragama Islam.

Untuk info, jika korang dah tempah menu makanan Halal Muslim Menu Korean Air, mereka akan menghidangkan menu makanan yang mengikut syarat Halal dan semestinya tiada Daging Babi dan Alkohol. Begitu juga dalam penyediaan untuk rakan kita berbangsa Hindu dan juga Jewish. 

Untuk rakan yang makan makanan Vegetarians, rupanya ada banyak jenis Vegetarians yang boleh korang pilih. Nak tahu lebih lanjut boleh baca info di bawah, Atau, layari link di bawah ini https://www.koreanair.com/global/en/traveling/classes-of-service/in-flight-special-meals/vegetarians.html

Tahun 2014, MrJocko ke Seoul juga menggunakan Korean Air http://www.mrjocko.com/2014/05/korean-air-kuala-lumpur-ke-incheon.html

 

halal muslim menu korean airhalal muslim menu korean air

 

Type of Vegetarians

Vegetarian Lacto-Ovo Meal – No meat, poultry, fish, lard product or gelatin are used. Meals may contain egg and dairy products. Main ingredients are grains, fruit, vegetables and vegetable oil.

Vegetarian Vegan Meal – No meat, poultry, fish, lard product, dairy products, eggs or gelatin are used. Main ingredients are grains, fruit, vegetables and vegetable oil.

Vegetarian Hindu Meal – No meat, poultry, fish or eggs are used. Meals are spicy vegetarian combinations that may contain dairy products.

Vegetarian Jain Meal – No meat, poultry, fish, lard product, dairy products, eggs or gelatin are used. No root vegetables, such as onion, garlic, ginger are used. Meals are spicy Indian vegetarian combinations.

Vegetarian Oriental Meal – No meat, poultry, fish, lard product, dairy products, eggs or gelatin are used. Root vegetables, such as onion, garlic and/or ginger, are allowed. Meals are prepared in Oriental style.

Raw Vegetarian Meal – No beverages including caffeine, preservatives or additives served. No high processed foods are used. Main ingredients are raw fruits and vegetables.

 

halal muslim menu korean air halal muslim menu korean air

halal muslim menu korean air

 

Dari segi persembahan memang dah menarik. Bekas makanan memang saiz yang berpadanan dan tray makanan memang saiz sesuai. Ia dihidangkan dengan pinggan yang cantik, sudu dan garfu serta pisau besi. Penggunaan mangkuk dan cawan juga memang puas hati.

Pilihan menu yang MrJocko makan hari itu ialah Telur dan Sayuran, ditambah dengan roti, salad dan juga buah-buahan. Paling best, boleh rasa menu ini masih fresh dan ia mungkin dihidangkan dalam tempoh 3 jam sebelum ini. Rasa sedap dan puas hati. 

Tips naik Korean Air, kalau rasa dahaga, mintak la banyak-banyak minum Air Kosong supaya korang tidak rasa kering. Oh ya, Jus Epal dan Jus Mangga pun boleh je mintak banyak cawan :).

 

halal muslim menu korean air halal muslim menu korean air

 

Alhamdulillah, kenyang makan dalam flight Korean Air. Lepas kenyang, baru la rasa ngantuk dan senang nak tidur.

Terima kasih Korea Tourism Organization untuk trip MrJocko kali ini. Ia satu pengalaman terbaik bersama team Media dari seluruh dunia. Terima kasih juga buat Korean Air. InsyaAllah, tahun depan jom ramai-ramai ke Korea Selatan #WowPyeongChang #2018WinterOlympic

Kredit : Gambar dirakam menggunakan kamera Sony RX100 Mark4

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.