Filem Epik Digital Legenda Cun Watsons Malaysia Raya 2017
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Filem Epik Digital Legenda Cun Watsons Malaysia Raya 2017

Sempena dengan Raya 2017, Watsons Malaysia dengan inisiatif mereka sendiri menerbitkan satu Filem Epik Digital Legenda Cun Watsons Malaysia untuk tontonan umum. Ia adalah satu usaha terbaik Watsons Malaysia setakat ini, bukan sahaja untuk mempromosikan produk mereka tetapi juga memartabatkan filem epik Melayu sempena dengan ketibaan musim Hari Raya tahun 2017 ini.

Kempen Hari Raya ini unik dari biasa kerana Filem Epik Digital ini adalah satu yang baru dan istimewa dengan penampilan puluhan nama besar Selebriti Malaysia melakonkan filem pendek bertajuk ‘Legenda Cun‘.

Filem Epik Digital Legenda Cun Watsons Malaysia

Legenda Cun Watsons Malaysia

 

Filem ‘Legenda Cun‘ Watsons Malaysia ni memang unik. MrJocko berkesempatan menonton Tayangan Khas filem ini ketika Majlis Pelancaran Legenda Cun Watsons Malaysia baru baru ini.

Dengan mengetengahkan inspirasi dari filem-filem komedi Tan Sri P Ramlee, ia digarab dengan kesesuaian isu semasa dan trending yang berlaku di sekitar kita.

Lebih menarik, bila pihak Watsons Malaysia berhabis ribuan ringgit dengan menyiapkan lokasi penggambaran yang menyerupai bandar ‘Arabian’ serta pilihan pakaian ‘Costume’ pelakon yang memang terbaik.

Kalau nak tahu, pelakon-pelakon filem ini berlakon dalam tempoh 48 jam tanpa henti untuk menyiapkan filem epik digital ini.

 

Filem Epik Digital Lagenda Cun Watsons Malaysia
Danny Hoh Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia
Filem Epik Digital Lagenda Cun Watsons Malaysia
Caryn Loh General Manager Watsons Malaysia

Filem Epik Digital Lagenda Cun Watsons Malaysia Filem Epik Digital Lagenda Cun Watsons Malaysia

 

Filem Legenda Cun Watsons yang meletakkan Kamal Adli sebagai watak utama dan dibantu oleh ramai nama besar seperti Ruhainnies, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Amber Chia, Thanuja, Sasha Saidin, Bel Ngasri, Afifah Nasir dan Najua P Ramlee. 

Tidak cukup dengan itu, tambahan pelakon dibawakan dalam filem epik digital ini untuk mengetengahkan unsur kepelbagaian bangsa dengan masyarakat majmuk dengan pelakon pelakon berbangsa Tiong Hua dan juga India.

 

Pelakon Lagenda Cun Watsons Malaysia

Lagenda Cun Watsons Malaysia

 

Kalau nak tahu best ke tidak cerita Filem Epik Digital ‘Legenda Cun‘ Watsons Malaysia ini, korang ke tunggu tayangannya pada 7 Jun 2017 nanti. Ia akan disiarkan di laman Facebook Watsons Malaysia dan juga YouTube Watsons Malaysia https://www.youtube.com/user/watsonsmy

Nak tahu lebih lanjut boleh scroll di laman Facebook Watsons Malaysia https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/

MrJocko dah ada Kad VIP Watsons Malaysia sejak tahun 2013 lagi http://www.mrjocko.com/2013/09/pelancaran-kad-vip-watsons-malaysia.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.