GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall

Hari kedua Ramadhan, pihak Jakel Trading telah menganjurkan satu jualan hebat di Jakel Mall. Hari Ahad lepas, Jakel Trading telah membuat jualan Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Kuala Lumpur. Meriah sungguh dengan kehadiran ramai selebriti tempatan dan juga harga tawaran lelongan serendah 85% Diskaun.

Antara yang turut serta dalam Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya ini ialah barisan Duta Duta Jakel iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya & Awal Ashaari serta anak mereka Lara Alana, Ayda Jebat, Hanis Zalikha & Hairul Azreen dan anak mereka Yusuf Iskandar dan tidak ketinggalan Harith Iskander.

Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall

Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya

 

MrJocko turut sama dalam majlis ini yang berlangsung bermula jam 2.30 petang di perkarangan bangunan Jakel Mall Kuala Lumpur. Selepas sesi Sembang Santai bersama Datuk Mohamed Feroz Mohamed Jakel dan barisan Duta Duta Jakel, ia diteruskan dengan jualan lelong Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Harith Iskandar dan juga Baju Kurta Hairul Azreen.

Tak kurang juga jualan lelong untuk Baju Melayu Upin dan Ipin serta potongan harga untuk baju kurung dan kain untuk kaum wanita. 

“Koleksi pakaian Duta Raya Jakel antaranya Aaron Aziz dijual pada harga terendah termasuk koleksi baju Melayu serendah RM89. Semua pembelian koleksi baju Melayu diberi samping serta butang baju Melayu percuma. Tawaran lain termasuk kurta lelaki Hairul Azreen pada harga RM100 untuk dua helai dan kurung wanita RM79” menurut Datuk Mohamed Feroz.

 

Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall

 

Koleksi kain untuk raya tahun ini katanya pihak Jakel menyediakan banyak corak baru dan terkini yang lebih elegen dan up to date. Pilihan fabrik juga banyak dari yang murah sehingga pilihan kain eksklusif.

MrJocko sendiri sudah 2 tahun menggunakan baju melayu Jakel dan rasanya ia sangat bagus dan puas hati bila pakai. Ada satu kain baju melayu tu, bila pakai, kalau berpeluh, ia agak tahan peluh dan tidak ‘belengas’ kata orang Kelantan.

Cerita tahun 2015 http://www.mrjocko.com/2015/06/gempak-raya-jakel-2015-baju-raya.html

 

Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall Lelongan Pakaian Artis Jakel Barulah Raya Di Jakel Mall

 

Untuk lelaki, kalau nak cari Baju Melayu yang cantik memang boleh beli di Jakel. Memang berbaloi lah. Kalau dapat harga macm RM79 termasuk Butang Baju dan Samping PERCUMA, bukan kah itu sudah menjimatkan puluhan Ringgit?

Ada banyak lagi pilihan di Jakel Mall. Tak kira untuk lelaki atau perempuan atau anak-anak lelaki dan perempuan semua pilihan ada di sini. Kalau nak banyak pilihan datang la ke Jakel Mall Kuala Lumpur.

Nak lihat baju raya cantik boleh layari laman web www.jakel.my atau kalau nak beli online boleh terus ke laman web www.jakelonline.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.