Prank Telefon MrJocko Eksperimen Sosial Di Kuala Lumpur
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Prank Telefon MrJocko Eksperimen Sosial Di Kuala Lumpur

Ada sesuatu yang MrJocko nak cuba buat untuk beri kejutan kepada orang yang MrJocko tak kenal. Macam prank, tetapi bukan prank yang memalukan. Ia lebih kepada berkongsi rezeki. Sebab itu, idea ini dikongsi bersama Caca DBoss, Man Raja Lawak dan juga Elmi dari Hashtag Media. Maka lahirnya video prank pertama kami, Prank Telefon MrJocko Eksperimen Sosial Di Kuala Lumpur.

Kali ini, kami cuba buat eksperimen sosial tentang ‘kejujuran’ orang Kuala Lumpur kalau berhadapan dengan barang mahal, yang bukan milik mereka. Apa yang akan mereka lakukan?

Prank Telefon MrJocko Ekspreimen Sosial Di Kuala Lumpur

Prank Telefon MrJocko Ekspreimen Sosial Di Kuala Lumpur

 

Setelah berjaya mendapatkan kerjasama dari pihak Hashtag Media, Caca DBoss dan Man Raja Lawak, kami dapatkan tajaan smartphone dari pihak Yes4G. Terima kasih kepada Yes4G yang memberi tajaan smartphone Altitude dan juga Sim Kad Prepaid untuk hadiah kali ini.

Prank kami bermula dengan aksi Caca dan Man jalan-jalan santai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman sementara menunggu waktu berbuka. Apabila dapat kami pastikan ‘subjek’ ataupun target kami, maka lakonan bermula.

Caca dan Man berjalan dan mendekati seorang lelaki dan berpura-pura tertinggal smartphone. Caca dan Man berlalu dengan sengaja meninggalkan smartphone Altitude daripada Yes4G. 

Memang kami cuak sebab, dalam hati memang risau takut-takut brader subjek kami akan ambil dan buat-buat tak tahu.

Untuk video boleh lihat di sini https://www.facebook.com/ProjekLawak/videos/1527770793945919/

 

Prank Telefon MrJocko Eksperimen Sosial

 

Selang 5 minit Caca dan Man tinggalkan smartphone tersebut, mereka menghubungi no handphone Caca yang dikatakan hilang. Sementara MrJocko memerhati dari jauh apa gelagat brader tadi yang telah menjumpai smartphone tesebut.

Seketika, Caca menghubungi telefon beliau yang hilang. Ada jawapan. Terkejut juga kami bila brader tu jawab call dan beritahu yang dia masih lagi di situ, menunggu tuan punya smartphone.

Dalam beberapa minit, Caca dan Man kembali ke lokasi. MrJocko pun turut serta.

 

Prank Telefon MrJocko Ekspreimen Sosial Di Kuala Lumpur Prank Telefon MrJocko Ekspreimen Sosial Di Kuala Lumpur

 

Nampaknya smartphone Caca ada dan dalam keadaan baik. Smartphone itu dijaga dengan baik oleh brader Zul. Katanya dari luar KL dan menunggu masa nak balik sebelum waktu berbuka.

Atas apa yang brader Zul lakukan, MrJocko, Caca dan Man Raja Lawak menghadiahkan smartphone tersebut kepada beliau. Ia satu penghargaan kami kepada beliau di atas kejujuran dan sikap beliau.

Kalau ikutkan apa yang kami fikir, ia mungkin hilang tanpa di kesan. Tetapi, brader Zul tidak mengambil kesempatan untuk mengambil telefon tersebut. Terbaik bro…

 

Prank Telefon MrJocko Ekspreimen Sosial
Prank Telefon MrJocko Eksperimen Sosial

 

Prank Telefon MrJocko Eksperimen Sosial Di Kuala Lumpur ini adalah salah satu usaha kami untuk melihat masyarakat Kuala Lumpur dari sudut yang berbeza. Dalam masa yang sama, kami cuba berkongsi rezeki dengan mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri netizen yang baik dan berkualiti.

Kami pernah buat Projek Smiles di Broga Hills http://www.mrjocko.com/2016/05/sharing-smiles-with-mamee.html

Terima kasih kepada penaja smartphone Yes4G. Semoga usaha kami ini memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan boleh berkongsi kegembiraan dengan yang memerlukan.

Kalau nak lihat smartphone Altitude boleh layari https://www.yes.my/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.