GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Restoran Bairaktaris Athens Ada Menu Halal Tradisional Greek

Athens juga terkenal dengan menu-menu masakan tradisional sejak beratus tahun dahulu. Banyak menu di sini berasaskan gandum dan juga campuran minyak Zaitun. Untuk rasa asli Greek, kami mencuba menu di sebuah restoran terkenal di Athens yang di kenali sebagai Bairaktaris Tavern. Kalau nak tahu Restoran Bairaktaris Athens Ada Menu Halal Tradisional Greek yang sedap.

Terletak di sebelah sahaja dengan Monastiraki Square dan berdekatan dengan Monastiraki Metro Station, ia antara kedai makan yang menjadi pilihan ramai penduduk tempatan dan pelancong untuk menu makan tengahari dan makan malam.

Baca : Restoran Terbaik di Athens Greece Eropah

ΜΠΑΪΡΑΚΤΑΡΗΣ Restoran Bairaktaris Athens

Restoran Bairaktaris Athens Ada Menu Halal Tradisional Greek

 

Kalau dalam bahasa Greek, ia kenali dengan nama ΜΠΑΪΡΑΚΤΑΡΗΣ. Susah nak baca kan? Dalam bahasa English ia dikenali dengan nama Bairaktaris. Boleh lihat info di sini https://www.bairaktaris.gr

Mengikut jurucakap Bairaktaris Tavern Restaurant, ada menu SOUVLAKI terbaik di sini. Restoran ini telah popular sejak tahu 1879 lagi dan ia adalah restoran BAIRAKTARI TAVERN KELUARGA PERTAMA di buka di Athens.

Restoran ini menawarkan menu tradisional Greek Yunani dan telah beroperasi selama enam generasi. Restoran menyajikan masakan terbaik masakan Yunani, dibuat dengan bahan terbaik, harga rendah dan persekitaran restoran dan staff yang mesra pelanggan.

 

 

Masa kami singgah di Restoran Bairaktaris Athens, kami mencuba menu makan tengahari dengan konsep menu makanan tradisional Greek. Antara yang katanya sedap ialah menu Kambing Bakar, Pita Bread dan Daging Ayam Bakar.

Kebab juga dijual di sini dan katanya ia antara Kebab yang paling sedap di sekitar Athens. Satu lagi, kalau ke sini, kena cuba menu tradisional Greek yang diberi nama Tzatziki Sauce

 

 

Kalau diperhatikan, ruang meja diluar dipenuhi oleh ramai pelanggan yang ingin menikmati menu hidangan yang santai. Kalau untuk keluarga, sebaiknya duduk makan di ruang makan dalam restoran kerana ia lebih selesa dan tenang.

Untuk pengalaman makan di Athens, Restoran ini, Bairaktaris Tavern Athens antara restoran yang boleh korang cuba. Menu yang MrJocko cadangkan ialah menu Kebab, Tzatziki, French Fries dan air Jus Buah.

Kalau anda peluang ke Athens lagi, ingin nak cuba menu masakan Tradisional Greek yang berasaskan masakan orang Arab. Dengar kata ada di sini dan antara menu yang ‘rare’ dan patut korang cuba.

Atau, kalau ada peluang nak cuba juga menu di Hard Rock Cafe Athens. Nak try tengok ada tak menu halal di Hard Rock Cafe Athens untuk orang Muslim. http://www.mrjocko.com/2017/08/hard-rock-cafe-athens-greece.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.