GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Cool Blog Malaysia Campaign Peluang Menang Hadiah Utama OPPO R9s

Khas untuk semua blogger di Malaysia. Tidak kira anda blogger hebat atau blogger biasa. Blogger terkenal atau blogger picisan. Peraduan ini terbuka kepada semua Blogger Malaysia. Ini peluang korang nak menang peraduan dari produk Cool Blog. Nak tahu, Cool Blog Malaysia Campaign Peluang Menang Hadiah Utama OPPO R9s.

Kongsi pengalaman terbaik korang menikmati produk minuman Cool Blog dan anda berpeluang menang hadiah setiap minggu bermula dari 31 Julai 2017 – 24 September 2017.

Baca : MrJocko dan Cerita Contest Di Malaysia

Cool Blog Malaysia Campaign

Cool Blog Malaysia Campaign Peluang Menang Hadiah Utama OPPO R9S

Cool Blog Malaysia Campaign Peluang Menang Hadiah Utama OPPO R9S

 

Bagaimana Untuk Menang ‘Cool Blog Rewards Cool Blogs’?

Langkah 1 – Kongsikan pengalaman menarik ‘Cool Blog’ secara kreatif dan buat review tentangnya

Langkah 2 – Kongsikan pengalaman ‘terbaik’ korang di blog masing-masing

Langkah 3 – Hantarkan ‘permalink’ blog tersebut dan email kepada karmini@gocomm.com.my dan choulyin@gocomm.com.my

InsyaAllah, kalau entry blogpost anda terbaik dan terpilih, korang akan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik dari Cool Blog setiap minggu, termasuk 2X Hadiah Utama smartphone Oppo R9s.

 

Cool Blog Malaysia Campaign Peluang Menang Hadiah Utama OPPO R9S

 

Kalau nak hadiah bonus, korang boleh cuba ‘task’ tambahan. Kongsikan gambar korang dan Cool Blog di media sosial Instagram dengan letakkan hashtag #JOMCOOL. Korang yang bertuah mendapat ‘re-post’ dari CoolBlog’s Page bakal menerima hadiah ‘merchandise’ terpilih. Mudah jer kan???

Kalau korang ada banyak blog, boleh sertai peraduan ini. Tak ada masalah. Asalkan entry berbeza dan punyai penulisan yang kreatif dan ‘cool’ 🙂

Apa lagi, ini peluang korang untuk menang banyak hadiah dengan peraduan mudah dari Cool Blog ini. Memandangkan hadiah akan diberikan setiap minggu, tidak salah kalau korang nak cuba setiap minggu tetapi penyertaan mestilah dihantar sebelum hari Ahad, jam 5.00 petang untuk melayakkan mereka sertai minggu tersebut.

Boleh segera ke Kiosk Cool Blog terdekat dan nikmati keenakkan minuman Cool Blog serta sertai peraduan ‘Cool Blog Rewards Cool Blogs’ ini.

 

https://www.facebook.com/CoolBlogKlang/

 

Harga minuman Cool Blog ini bermula dari harga RM2.20 sahaja untuk Tea Blog Original. Kalau nak rasa premium, mungkin boleh cuba menu Cappucino, Latte atau Mocha. Itu untuk peminat kopi. 

Bagi peminat minuman tempatan, ada menu ABC Blog, Cendol Blog, Teh Tarik Blog, Bandung Blog dan macam-macam lagi.

Peraduan ini tertakluk kepada Terma Dan Syarat yang tersebut. Sila rujuk kepada Poster dan Laman Web Rasmi https://www.coolblog.com.my serta CoolBlog’s Fanpage https://www.facebook.com/CoolBlogKlang/

Nak lihat apa lagi Contest yang pernah MrJocko sertai boleh lihat di sini http://www.mrjocko.com/tag/contest

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.