GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Boat Cruise Sun Moon Lake Aktiviti Menarik Di Nantou County Taiwan

Selain dari pemandangan dan cuaca sejuk, pengalaman Boat Cruise Sun Moon Lake Aktiviti Menarik Di Nantou County Taiwan patut korang cuba. Harga pakej untuk aktiviti ini tidak la mahal dan ia adalah aktiviti mampu milik dan punyai pelbagai keseronokkan sepanjang berada di Sun Moon Lake.

Dikelilingi oleh gunung ganang yang tinggi, Sun Moon Lake antara lokasi pemandangan yang menjadi tumpuan pelancong di Taiwan. Tasik yang popular di Taiwan ini menawarkan banyak aktiviti lain termasuk pakej menaiki bot atau cruise sambil menikmati menu makan tengahari diatas bot bersama kawan-kawan atau keluarga.

Baca : Hotel Menarik Di Sun Moon Lake Taiwan

Boat Cruise Sun Moon Lake

Boat Cruise Sun Moon Lake
 

Pengalaman menaiki bot di Sun Moon Lake Nantou County ini pasti berbeza jika korang singgah di musim autumn, musim winter atau musim bunga kerana mempunyai pemandangan yang cantik. Selain dari berbasikal di sekitar Sun Mook Lake, menaiki cruise juga memang pilihan terbaik ketika melancong ke sini.

Perjalanan Boat Cruise Sun Moon Lake ini mempunyai 3 destinasi pelabuhan kecil seperti di Shuishe, Ita Thao dan Syuanguang Piers. Korang boleh pilih destinasi mana yang korang mahu mengikut harga yang berbeza. 

Tiket untuk menaiki Boat Cruise Sun Moon Lake boleh di beli Kaunter Tiket Awam di Shuishe atau Ita Thao pier. Nak lebih mudah kalau korang travel dengan travel agency, tempah terus tiket dengan khidmat mereka. Harga untuk Boat Cruise Sun Moon Lake bermula dari TWD100 (RM15) hingga TWD300 (RM45) mengikut destinasi perjalanan bot tersebut. 

Boat Cruise Sun Moon Lake Boat Cruise Sun Moon Lake Boat Cruise Sun Moon Lake Boat Cruise Sun Moon Lake Boat Cruise Sun Moon Lake Boat Cruise Sun Moon Lake Boat Cruise Sun Moon Lake

Jeti di Sun Moon Lake

Pengalaman menaiki bot di Sun Moon Lake memang boleh tahan menarik. Keunikkan tersendiri di mana dibawa untuk pusing sekitar Tasik yang terkenal di Taiwan ini sambil menikmati pemandangan gunung-ganang di sekelilingnya.

Ia tasik yang tenang, jadi tak perlu risau tentang ombak yang kuat serta ribut. Ia umpama melayari di atas muka air yang tenang dan nyaman, Udara yang sejuk menambahkan lagi ‘feel’ menaiki boat, walaupun ia bukan kapal cruise yang besar.

Nak tahu lebih tentang infor masi Boat Cruise Sun Moon Lake di Taiwan ini boleh baca di link ini Sun Moon Lake Boat Cruise .

Selain dari naik cruise, boleh cuba aktiviti berbasikal di Sun Moon Lake.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.