GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Gangneung Coffee Festival Serlahkan Budaya Minum Kopi Cara Korea

Kopi memang terkenal seluruh dunia, termasuk juga di Korea Selatan. Budaya minum kopi semakin lama semakin menjadi pilihan ramai rakyat Korea dengan pelbagai jenis jenama ‘premier’ tempatan dan juga jenama terkenal dunia. Sebab itu, setiap tahun ada Festival Kopi Gangneung (Gangneung Coffee Festival) Serlahkan Budaya Minum Kopi Cara Korea.

Festival kopi ini menawarkan pelbagai citarasa kopi dari kopi biasa, latte, mocha, cappuccino, black dan banyak lagi. Untuk info, ‘The Gangneung Coffee Festival’ pertama kali berlangsung pada tahun 2009 lagi. Festival Kopi ini bertujuan untuk memartabatkan bandar Gangneung, sebagai satu bandar Kopi di Korea Selatan.

Festival Kopi Gangneung (Gangneung Coffee Festival)

Gangneung Coffee Festival

 

Festival Kopi Gangneung (Gangneung Coffee Festival) ini meraikan budaya kopi yang sedang berkembang di Gangneung-si, sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menerima banyak pilihan dan jenis kopi terkenal dan kedai kopi artisan berjenama.

Festival ini termasuk menganjurkan pelbagai acara berkaitan dengan kopi seperti pameran, pameran foto, pembuatan kopi dan program pengalaman pemanggang kopi dan sebangainya. 

festival coffee gangneungfestival coffee gangneung

 

Informasi tentang Festival Kopi Gangneung Korea :
Kemasukkan : Percuma (Hanya sesetengah program mungkin dikenakan bayaran)
Tarikh : 6 – 10 Oktober 2017 
Lokasi : 131, Nanseolheon-ro, Gangneung-si, Gangwon-do
Cara Ke Lokasi : Dari Gangneung Intercity / Express Bus Terminal, ambil Bus 221. Turun di Anmok (안목, the last stop) kemudian jalan kaki selama 10 minit ke tapak Festival Kopi Gangneung.

festival coffee gangneung korea

 

Ada satu kisah di Gangneung sebelum ini tentang Jejak Keluarga Heo. Sebelum ini, di sini, Gangnueng dikenali sebagai bandar di mana orang menikmati minuman teh. Namun lama kelamaan, dari minat meminum teh ia berubah menjadi minat untuk meminum kopi. Hingga kini, bandar ini telah mempunyai budaya kopinya sendiri.

Gangneung Province adalah satu-satunya bandar di mana menyimpan tapak warisan kebudayaan budaya dari dinasti Shilla (57 SM – 935 AD). Pavilion Hansongjeong adalah tempat di mana korang boleh menemui perkakas teh yang digunakan oleh komuniti Hwarang sebelum ini. Sejarah menunjukkan bahawa di sini mereka lebih banyak meminum minuman teh termasuk kawasan Gyeongpo.

Baca MrJocko Melancong ke Pyeongchang

Kalau nak cerita pasal kopi di Gangneung, ada banyak. Antaranya ialah Bohemian. Ia dikendalikan oleh salah seorang barista generasi pertama, Park Yi Choo. Beliau memulakan perniagaan kopi di Seoul sejak tahun 1988 dan berpindah ke Gangneung pada tahun 2000 untuk menyebarkan kopi panggang sendiri. Korang boleh menikmati secawan kopi segar yang dibancuh oleh Barista sendiri sama ada di kedai Yeongjin atau Gyeongpo.

Muzium Kopi Cupper pula adalah tempat di mana peninggalan kopi yang pelbagai dan jarang dijumpai seluruh dunia ada dipaparkan di sini. Pelawat dapat melihat sejarah dan budaya kopi yang unik dari negara-negara di seluruh dunia dan mempelajari, memahami dan mengalami dunia kopi. Pengunjung juga boleh melawat ladang kopi di mana biji kopi ditanam dan dihasilkan untuk kopi Korea pertama untuk tujuan komersil.

Ada banyak info tentang Gangneung Coffee Festival dan korang boleh baca di link ini Gangneung Coffee Festival South Korea. Jadi lepas ni kalau ke Gangneung, jangan lupa cuba kopi cara orang Korea Selatan pulak ya?

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.