GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Halal Bismilla Restaurant Taipei Review Menu Halal Muslim

Sebelum ni, ramai yang kenali restoran halal ini dengan nama Tai Xiang Yun Halal. Tapi semakin hari semakin ramai pelancong Muslim singgah di sini, ia mula dikenali dengan nama Halal Bismilla Restaurant Taipei. Sudah banyak kali MrJocko ke sini dan ini adalah entry untuk Review Menu Halal Muslim di restoran di Taipei ini.

Nak cari lokasi restoran Halal Bismilla Restaurant Taipei ni tidak la susah. Ia terletak di sebelah sahaja dengan Taipei Arena, stadium yang besar di bandar Taipei. Kalau nak naik MRT atau Subway, boleh stop di stesen Taipei Arena Station. Jalan kaki hanya beberapa minit sahaja.

Halal Bismilla Restaurant Taipei

Halal Bismilla Restaurant Taipei

Masa pertama kali ke taipei, ini lah restoran halal di Taiwan yang mula-mula kami singgah. Boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/2013/06/bismilla-restoran-taipei.html

Mula-mula kami ingat restoran Thai, tetapi bila dan sampai baru kami tahu itu restoran yang dipunyai oleh Chinese Muslim di Taiwan. Mereka menyediakan menu masakan Chinese Muslim dan ada beberapa menu hampir sama dengan menu masakan Thai dan orang Melayu.

 

halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei

 

Antara menu yang dihidangkan kepada kami pada kali ini ialah Ikan Goreng Halia, Sup Tomyam, Udang Masak Papdrik, Sayur Terung Goreng, Daging Goreng Kicap, Telur Dadar dan juga Pulut Hitam sebagai pencuci mulut.

Secara peribadi, menu masakan di Taiwan ini hampir sama sahaja dengan menu masakan orang Cina di Malaysia. Rasa agak tawar sedikit, tetapi boleh la kalau nak tambah cilih potong dan kicap sebagai perisa tambahan.

 

halal bismilla restaurant taipei halal bismilla restaurant taipei

 

Kalau tengok kebanyakkan menu masakan di Taiwan juga, adalah menu masakan yang jauh lebih sihat berbanding menu masakan kita di Malaysia. Paling banyak yang diletakkan di atas meja ialah menu sayuran hijau. Kalau ada sayur kangkung, bayam, kubis, terung dan banyak lagi sayur hijau menjadi pilihan menu makan hidang seperti ini.

Puas hati dapat rasa menu seperti daging kalau di Taiwan. Sebab daging di sini agak segar dan memang tidak sama dengan daging import yang kita makan di Malaysia. Lagipun cara masak di taiwan memang mengekalkan rasa daging yang sedap.

Nak tengok apa MrJocko makan boleh baca sini http://www.mrjocko.com/tag/makan. Info lain tentang restoran halal di Taipei ini baca sini https://www.travel.taipei/en/shop/details/3941

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.