GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

GoPro HERO 6 Black Edition Kini Di Malaysia Harga RM2,399

GoPro HERO 6 Black Edition Kini Di Malaysia Harga RM2,399. Itu info pasal gadget terbaru dari GoPro. Action Camera jenama GoPro ini memperkenalkan kamera baru mereka untuk rakan media di Sunway Pyramid, Selangor.

Hari ini, FunSportz Sdn Bhd, sebagai pengedar rasmi produk GoPro telah melancarkan model GoPro HERO 6 Black. Model kamera aksi baru ini boleh merakam 4K pada kualiti 60fps dan 1080p pada kualiti 240fps dengan penstabil video yang dipasang sebelum ini.

GoPro HERO6 Black Edition Kini Di Malaysia

gopro-hero-6-black-malaysia

 

Unruk informasi peminat produk GoPro, harga rasmi jualan model GoPro Hero 6 Black di Malaysia ialah RM2,399 dan kini boleh didapati di semua rangkaian peniaga yang sah di Malaysia termasuk di laman web jualan online www.11Street.my.

Kenapa korang patut upgrade kepada GoPro HERO 6 Black?

GoPro HERO6 Black adalah perekam kamera kompak yang lebih baik berbanding model sebelum ini Hero5 Black. Dengan ciri kalis air yang membolehkan rakaman didalam air dan dapat merakam video Quikstory secara sinematik.

Antara ciri-ciri yang ada ialah Pemproses GP1 direka khas, Quikstory bersedia, GoPro App serasi Zoom sentuhan semua yang baru, WiFi 5GHz (kelajuan 3x lebih pantas) + Bluetooth, serasi dengan Karma dan ‘mount’ GoPro sedia ada, peningkatan Dynamic Range dan Pencahayaan Rendah, mod gambar RAW dan HDR, Kawalan Suara dalam 10 bahasa, fungsi GPS, pecutan dan giroskop.

 

GoPro HERO6 Black Edition

 

Keupayaan rakaman GoPro HERO6 Black :

4K @ 60/30/24 fps

4K 4: 3 nisbah @ 30/24 fps

2.7K @ 120/60/30/24 fps

2.7K nisbah 4: 3 @ 60/30/24

1440p @ 60/30/24 fps

1080p @ 240/120/60/30/24 fps

720p @ 60fps

 

GoPro HERO6 Black Edition Malaysia gopro hero6 black GoPro HERO6 Black Edition

 

Antara kelebihan kualiti video menggunakan kamera aksi GoPro Hero 6 Black ialah dengan kualiti gambar slow motion 10 kali. Baca ini

“A second leak reported by The Verge reveals that the GoPro Hero 6 Black will also shoot 1080p video at up to 240 fps. This allows for powerful 10x slow motion effect when played back at a standard 24 fps.”

Kata pakar, model HERO 6 Black ini lebih serasi kalau digunakan dengan Drone GoPro KARMA. Terdapat juga pemasangan dan aksesori baru untuk Drone Karma dan kamera spektrum Fusion 5.2x kalis air baru. Untuk harga, ia akan diumumkan kemudian. MrJocko tak pasti harga jualan runcit di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook Funsportz https://www.facebook.com/FUNSPORTZ/ atau laman web rasmi mereka http://www.funsportz.com.my

Teringin nak beli satu GoPro Hero 6 Black. Tapi rasanya belum ada fund yang cukup untuk MrJocko sambar. InsyaAllah, doa-doakan mana tahu dapat sponsor satu :).

Baca : www.mrjocko.com/tag/gadget_review

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.