GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Leofoo Village Theme Park Taman Tema Terbaik Di Taiwan

Bersaing dengan banyak jenama Taman Tema terkenal di dunia, nama Leofoo Village Theme Park di Taiwan masih boleh bertahan hingga hari ini. Tidak keterlaluan kalau MrJocko katakan bahawa taman tema Leofoo ini adalah Taman Tema Terbaik Di Taiwan dan antara tempat menarik di Taiwan yang patut korang kunjungi.

Pertama kali dengar erita sejarah pasal penubuhan taman tema ini, seperti tidak percaya bahawa ia mula bertapak di sini seawal tahun 1979 sebagai Taman Hidupan Liar Leofoo (Leofoo Wildlife Park). Sepuluh tahun kemudian, taman itu telah diperluaskan untuk dimasukkan pelbagai kemudahan hiburan dan permainan. Selepas itu ia di kenali sebagai Taman Tema Leofoo Village (Leofoo Village Theme Park).

Leofoo Village Theme Park Di Taiwan

Leofoo Village Theme Park

 

Sebab itu, mungkin sebab ia antara taman tema terawal serta punyai tarikan hiburan keluarga dan permainan yang menarik serta taman haiwan yang bagus, ia dikenali oleh hampir semua rakyat Taiwan khususnya.

Faktor lain yang menjadikan ia taman tema terbaik di Taiwan ialah keluasannya yang seluas lebih daripada 100 hektar dan mudah akses dari bandar-bandar besar di Taiwan termasuk Taipei, Taoyuan dan lain lain lagi.

Paling unik tentang theme park ini, ia punyai Aplikasi Beratur Maya tersendiri. Leofoo Village Theme Park telah bekerjasama dengan Biro Pelancongan Taiwan, telah menghasilkan penyelesaian pintar, menggunakan aplikasi Lineup. Aplikasi percuma (iOS, Android) ini membolehkan korang beratur dengan apps sahaja. Maksudnya tak perlu la nak penat beratur, guna aplikasi sahaja dan bila tiba masa korang, terus ke lokasi permainan. Mudah kan?

 

Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park

 

Katanya, Leofoo Village Theme Park lebih meriah pada hujung minggu, musim panas dan musim cuti sekolah. Hari Isnin, banyak persembahan akan rehat, jadi elakkan datang pada hari ini kalau korang ada pilihan.

Harga tiket masuk ke Leofoo Village Theme Park ialah TWD999 untuk dewasa, TWD899 untuk Pelajar dan TWD699 untuk Kanak-kanak. Untuk tiket masuk ke Water Park ialah TWD599 untuk dewasa, TWD599 untuk Pelajar dan TWD499 untuk Kanak-kanak. Untuk Combo Pakej kedua-dua taman tema ini ialah TWD1,299 untuk dewasa, TWD1,199 untuk Pelajar dan TWD999 untuk Kanak-kanak.

Sudah pastilah kedua-dua taman tema ini punyai kelebihan masing-masing termasuk kawasan Wild West, Arabian Kingdom, South Pacific, African Safari dan juga Water Park.

 

Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park

 

Paling terkenal di sini, ada satu permainan Roller Coaster diberi nama Condor Screaming. Ini adalah “roller coaster terbalik” dan pernah menjadi salah satu rakaman Episod Running Man. Korang berani naik dengan kelajuan 100 km/jam dengan membawa korang naik 54.9 meter ke udara.

Satu lagi yang MrJocko takjub ialah dengan binaan cantik kawasan ‘Arabian Kingdom’. Memang sangat cantik. Ada banyak yang menarik termasuk menara emas dan juga Pengembaraan 5-D. Di kawasan Arabian Kingdom ini juga ada satu restoran Halal untuk yang beragama Islam. Menu pun sedap.

 

Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park

 

Bersebelahan, terdapat African Safari. Kat sini dilepaskan haiwan liar termasuk harimau putih, Singa, Badak Sumbu, Zirafah, Unta dan banyak lagi.

Oh ya, klau nak cuba pengalaman baru, boleh bermalam di sini. Ada disediakan resort Jika anda ingin bermalam, Leofoo Resort Guanshi menawarkan penginapan bergaya gaya mewah Afrika. Di sini, tetamu boleh mengagumi hidupan liar dari keselesaan bilik mereka sendiri.

 

Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park Leofoo Village Theme Park

 

Maklumat lebih lanjut tentang Leofoo Village Theme Park ini boleh korang dapat di laman web Leofoo Village Theme Park Taiwan.

Nak baca tentang Taiwan, boleh baca beberap lagi entry blogpost tentang negara Taiwan di sini http://www.mrjocko.com/tag/taiwan

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.