GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kat Mana Nak Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Sudah beberapa kali MrJocko ke Jepun, ramai member bertanya Kat Mana Nak Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo. Soalan yang kerap kali ditanya, sebab ada yang kata jam Casio G-shock adalah murah di Jepun berbanding harga di Malaysia. Ya memang betul, jam Casio G-Shock di Jepun murah di sana.

Memandangkan Jepun adalah tempat asal usul jam ini dicipta oleh Legendary Kikuo Ibe, founder G-Shock bermula tahun 1983. Ia memang terkenal dan punyai pilihan yang pelbagai ratusan model dan warna mengikut musim dan model tertentu.

Baca : Beli Jam G-Shock Original di Don Quijote



Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Namum, bukan semua jam Casio G-Shock dijual murah di Jepun. Sesetengahnya dijual dengan harga yang hampir sama dengan harga jam Casio G-Shock di Malaysia. Mungkin murah dalam puluhan ringgit. Untuk beli di Jepun tidak memadai, lebih baik beli di Malaysia.

Namun, bila merujuk kepada peminat G-Shock, model kolaborasi, model limited edition dan juga model vintage, harga jam Casio G-Shock jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Kalau ke Jepun, cuba cari di kedai seperti AEON Shopping Mall, Don Quijote dan juga Bic Camera. Dalam kedai seperti ini biasa ada banyak jam G-Shock murah dengan promosi yang menarik.

Masa kami ke Tokyo bulan lepas, memang kami redah banyak kedai dan Alhamdulillah, berjaya beli banyak koleksi G-Shock Redout 35th Anniversary dan beberapa model lain.

Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Sebagai contoh, jam model Casio G-Shock Redout 35th Anniversary pada April 2018 dijual sekitar harga JPY16000 (MYR575) di Jepun. Di Malaysia dijual sekitar MYR599. Namun, bila anda dapat jumpa kedai yang tertentu, model ini dijual dengan harga diskaun 20% dengan tambahan diskaun 8% VAT.

Jadi, sebagai contoh, model Casio G-Shock Redout 35th Anniversary DW6935 saya bayar cuma JPY12800 (MYR459). Ini tidak lagi ditolak 8% VAT. Jumlah sebenar saya bayar cuma JPY11776 (MYR422). Murahkan?

Baca : MrJocko Pengumpul jam GShock

Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Borong Jam G-Shock Murah Di Tokyo Jepun

Lagipun kebanyakkan model yang rare atau model Japan Only hanya dijual di dalam negara Jepun sahaja, tidak dijual di luar negara Jepun. Jadi, kalau anda seorang pengumpul (G-Shock Collector) sudah pasti jam seperti ini beri kepuasan yang tinggi sebagai peminat jam getah model G-Shock ini.

Jadi kesimpulannya, jika anda nak beli jam G-Shock model biasa, boleh beli di Malaysia. Namun jika anda nak cari model yang premium, rare, limited edition dan juga model-model GShockxCollaboratio (kolaborasi) boleh la beli di Jepun.

Untuk info, hampir kesemua tempat di Jepun menjual jam G-Shock dengan harga standard. Cuma sesekali, bernasib baik bila jumpa kedai atau outlet jual jam ini dengan potongan diskaun istimewa.

Kalau nak Borong Jam G-Shock Murah, boleh la cari supplier atau wholeseller di Jepun.

Untuk info jam G-Shock, boleh layari di laman web GShock Official atau di Blog G-Shock Malaysia Fans

7 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.