GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Mikrolimano Piraeus Athens Tumpuan Kelab Hiburan Dan Restoran

Setahun yang lepas, saya MrJocko berpeluang menjejakkan kaki ke Athens, Greece. Ia pengalaman baru, kerana Greece sebenarnya berbeza dengan negara Eropah lain. Antara yang menarik di sana ialah Mikrolimano Piraeus Athens Tumpuan Kelab Hiburan Dan Restoran yang terkenal di sekitar Athens.

Dari waktu makan tengahari membawa ke petang dan hingga larut malam, lokasi ini, Mikrolimano Piraeus Athens menjadi tumpuan ramai warga kota untuk makan malam, bersantai atau berhibur dengan menghadap Teluk Soronic (Soronic Gulf) yang sememangnya luas.

Baca : Destinasi Pelancongan Popular Di Athens Greece
 

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens
 

Kawasan Mikrolimano Piraeus Athens ini mempunyai kawasan yang agak strategik. Ia mempunyai bentuk bujur dan menghadap panyai. Di kalangan rakyat tempatan, ia mempunyai banyak nama iaitu Mikrolimano, Fanari, Tourkolimano dan juga Pelabuhan Koumoundourou.

Pada masa dahulu, ia hanya mempunyai satu nama iaitu Port Mounichia. Ia terletak dalam daerah Castella, yang mana ia dihubungkan dengan jalan-jalan curam dengan banyak kedai kafe dan bar moden disekitarnya.
 

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens
 

Kemudian, ia diberi nama Fanari semasa zaman Byzantine, mungkin kerana pada masa itu terdapat sebuah Rumah Api (Fanos) di pintu masuknya. Selepas itu, ia dipanggil Pelabuhan Koumoundourou (Port Koumoundourou) kerana nama rumah yang wujud di hujung selatannya, di mana Kelab Nautika Greece berdiri hari ini.

Akhirnya, ia diberi nama Tourkolimano semasa Zaman Revolusi, pada tahun 1821. Nama Mikrolimano adalah salah satu titik terbaik Piraeus dengan banyak pilihan makanan dan hiburan. Teluk tertutup ini, dimahkotai oleh rumah amfiteatrik yang dibina sebelumnya.

Sekitarnya juga ada bot-bot nelayan, restoran dan kafe, aroma meze yang menawan, orang-orang yang santai berjalan-jalan di tepi pantai, menjadikan kawasan ini sangat popular dari hari ke hari.

Di pantai Koumoundourou juga ada beberapa bar dan restoran ikan terbaik di Piraeus, malahan yang terkenal di seluruh Attica. Di sini, adalah tempat yang sesuai untuk santai sambil menikmati muzik, menikmati menu ikan segar, makanan laut, pembuka selera, ouzo dan minuman terbaik.

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

Mikrolimano Piraeus Athens

MrJocko juga berkesempatan menikmati menu seafood terbaik cara orang Greece di Mikrolimano Piraeus Athens. Boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/2017/07/4-brothers-restaurant-di-mikrolimano-piraeus-athens.html

 

Jika anda ke sini dengan cara backpackers, senang sahaja untuk ke sini samada dengan memandu sendiri atau menggunakan Teksi. Setakat yang saya tahu, Teksi di Greece tidak la mahal. Ia hanya terletak sekitar 10 km dari pusat bandar Athens dan kawasan ini juga ada banyak tinggalan sejarah, tambah-tambah dengan beberapa lokasi berkaitan Pelabuhan di Athens ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.