GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tabung Harapan Malaysia Terima RM7,075,508.79 Kurang 24 Jam Di Lancarkan

Rakyat Malaysia khususnya sedia maklum bahawa hutang negara kini sudah mencapai jumlah 1 Trillion Ringgit dan ia sesuatu yang amat membimbangkan. Ekoran dari itu, ramai rakyat yang prihatin ingin membantu Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan hutang ini. Oleh yang demikian, tertubuhlah Tabung Harapan Malaysia dan telah dinyatakan secara rasmi oleh YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia pada 30 Mei 2018.

Tabung Harapan Malaysia
 

Tabung Harapan Malaysia
 

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PENUBUHAN TABUNG HARAPAN MALAYSIA

1. Berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu Kerajaan. Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada Kerajaan bagi menangani isu tersebut.

2. Sehubungan ini, bagi membolehkan derma dan sumbangan tersebut diuruskan secara sistematik dan telus satu tabung amanah yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia (THM) ditubuhkan dan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

3. Derma dan sumbangan yang boleh di hulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja . Sumbangan kepada THM boleh disalurkan melalui akaun Malayan Banking Berhad: 566010626452.

4. Bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.

YB Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Putrajaya
30 Mei 2018

 

no akaun tabung harapan malaysia
 
Baca : MrJocko dan MalaysiaKu

Semalam dilancarkan, tidak sampaipun 24 jam, tabung ini sudah menerima dana sejumlah RM7,075,508.79. Ia menunjukkan begitu jelas, ramai rakyat dan juga korporat mengambil cakna tentang masalah hutang negara yang telah ditinggalkan oleh kerajaan lama.

Beban hutang yang banyak seperti 1 Trillion Ringgit, jika tidak diuruskan dengan segera boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kepada rakyat dimasa akan datang.

Sebelum itu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengumumkan penubuhan Tabung tersebut selepas mesyuarat Kabinet. Penubuhan tabung seperti ini adalah bertujuan supaya Kementerian Kewangan boleh menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.

Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia untuk membantu menangani masalah hutang negara boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Tabung Harapan Malaysia di akaun Maybank 566010626452. Maklumat lanjut layari Kementerian Kewangan Malaysia.

Jom sama-sama kita bantu mana yang termampu untuk Malaysia Baru.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.