GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Sedap Dan Murah

Menu popular di Jepun antaranya ialah menu Tempura. Di Tokyo, ribuan kedai makan menawarkan menu makanan tempura dengan menu asasnya ialah seafood dan sayuran. Memandangkan member teringin nak makan menu Tempura, MrJocko bawa mereka singgah di Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood, bersebelahan dengan Stesen Keretapi UENO Tokyo.

Lokasi kedai ni dekat sahaja dengan UENO Station, hanya memakan masa selama 3 minit perjalanan. Kami ke sini, masa kami nak pergi shopping helmet Arai Original di kedai UPC Ride On di UENO.

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

Sebab tak nak lambat dan bagi adil, semua order menu yang sama. Set Menu Tendo di sini ada menu Tempura Udang dan Sayur, Nasi, Miso Sup, Sayur Rebus dan juga Labu.

Untuk menu lain sebenarnya di Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO ini ada menu seperti Sotong Tempura, Scallop, Daging Ikan Putih, Lotus Root, Keledek, Sayur, Telur Separuh Masak, Tauhu, Mee Soba dan banyak lagi.

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

tempura tendon tenya menu set

Harga set yang kami ambil berharga sekitar JPY700 (MYR25), termasuk Teh Cina sejuk atas meja. Murah kalau nak dibandingkan dengan menu set lain. Ini kerana dengan alas Nasi, ia boleh membuatkan anda kenyang sampai malam.

Sekali tengok memang menu ni banyak. Ya memang banyak dan memang buatkan kami kenyang. Kalau nak diikutkan dengan nilai JPY700, menu ini antara menu berbaloi untuk makan tengahari di Jepun, berbanding dengan menu Kebab (JPY600).

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

Untuk rasa tempura udang, ya ia memang segar. Walaupun seekor, tetapi rasanya sudah cukup buat kami puas hati. Dengan menu tempura keledek, lotus root, cendawan dan juga labu, menu kat Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO ini memang sedap. Sangat-sangat sedap. Saya sangat syorkan anda cuba menu ini, kalau berkunjung ke Jepun.

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO Tokyo Menu Seafood

Sebagai informasi ringkas, Restoran Tempura Tendon Tenya di Jepun ni ada banyak outlet. Area UENO sahaja ada beberapa kedai tempura ni dan mempunyai standard menu yang sama dengan harga yang berbaloi.

Untuk lihat senarai Tempura Tendon Tenya menu set dalam bahasa English, boleh lihat di laman web rasmi mereka ini http://www.tenya.co.jp/english/menu/menu/

Tempura Tendon Tenya Restaurant UENO

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.