GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Shah Alam

Malaysia sebuah negara yang mempunyai iklim Khatulistiwa. Jadi, di negara kita hanya ada musim panas dan musim hujan sahaja. Tetapi, ia tidak menghalang kita dari merasai sendiri Pengalaman Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Shah Alam. Ia sesuatu yang boleh anda rasa sendiri, tanpa perlu untuk travel keluar negara.

Memandangkan bajet untuk kembara di musim salji di luar negara agak mahal, ia satu usaha yang terbaik oleh pihak berkaitan dengan membawa kesejukkan ke Malaysia. Terima kasih kepada Taman Botani Negara Shah Alam, di bawah kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Usaha mereka dalam menyediakan kemudahan seperti ini, Rumah Iklim Sederhana Empat Musim, satu usaha yang patut dipuji. Kalau dulu, kawasan ini dikenali sebagai Rumah Salji di Shah Alam.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Shah Alam
 

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
 

Untuk informasi semua, kalau nak tahu bila waktu sesuai untuk melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ini, boleh semak jadual di laman web Taman Botani Negara Shah Alam di sini http://tbnsa.gov.my/4-seasons-temperate-house. Atau nak mudah, ikut jadual ini :

Disember hingga Februari – Musim Salji
Mac hingga Mei – Musim Bunga
Jun hingga Ogos – Musim Panas
September hingga November – Musim Luruh

Jadual ini akan memberikan anda sedikit info dan membantu anda untuk merancang melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ini.
 

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
 

Untuk hari biasa yang tidak punyai ramai pelancong, anda dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah iklim sederhana ini untuk tempoh selama lebih kurang 15 hingga 30 minit. Namun, jika mempunyai ramai pengunjung, biasanya ia akan diterhadkan kepada hanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Ini untuk memastikan seupaya semua pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman musim salji atau musim-musim tertentu di dalam rumah iklim sederhana ini.

Memandangkan kita di Malaysia, waktu yang sesuai untuk melawat rumah iklim sederhana ini ialah antara musim salji (winter season) dan juga musim bunga (spring season). Untuk musim panas dan musim luruh, ia tidaklah sehebat mana.
 

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim
 

Anak-anak MrJocko antara yang teruja untuk ke sini. Merasai sendiri cuaca sejuk di sini membuatkan mereka terasa seperti di negara Eropah. Cuaca di bawah paras beku dan binaan beberapa ‘props’ ala winter season, menjadikan kawasan ini seperti di lokasi Winter di beberapa negara di Eropah.
 

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Sudah pasti, bukan sahaja lokasi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ini sahaja yang boleh anda lawat di dalam kawasan ini, tetapi juga ada banyak tarikan lain di sini, termasuk Animal Park Taman Botani Shah Alam.

Untuk tiket masuk ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ini, hanya MYR5 akan dikenakan untuk bayaran dewasa dan MYR3 untuk kanak-kanak. Murah, pasti berbaloi untuk singgah dan rasai sendiri pengalaman di rumah salji ini.

Setakat hari ni, bila tiba musim salji, ramai yang akan singgah untuk merasai kesejukkan salji sekitar -5°C hingga 5°C. Pastikan anda pakai baju sejuk yang sesuai. Kalau tak, memang akan kesejukkan yang tidak terhingga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.