GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor

Ramai yang mulanya tak percaya bahawa betapa cantiknya Pulau Rawa (Rawa Island Resorts) di Mersing. Hingga bila tersebar banyak gambar cantik keindahan pantai dan sekitar Pulau Rawa, baru satu persatu mereka yang sukakan pantai terus menyimpan impian untuk bercuti di Rawa Island Resorts. MrJocko kongsi beberapa keping Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor yang sempat kami rakam ketika bercuti ke sana.

Samada korang peminat pantai, peminat flora dan fauna, kaki panjat bukit malah seorang pencinta alam, lokasi Rawa Island Resorts sangat sesuai untuk korang semua.

Mitos sebelum ini, ada mengatakan bahawa pulau ini dimilikki oleh Kerabat Di Raja Johor dan tidak dibuka kepada umum adalah tidak betul. Ia adalah sebuah resort bertaraf dunia dan ia meagalukan sesiapa sahaja yang ingin merasai pengalaman terbaik menginap di Pulau eksklusif seperti di Rawa Island Resort

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor
 

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor
Sunrise di Pulau Rawa

 
Rawa Island Resort, sebuah resort pulau tropika Malaysia yang terkenal dengan citarasa keluarga yang ingin berehat dari tekanan dan ketegangan kehidupan moden. Rasakan pasir yang memutih, air yang jernih di antara jari-jari kaki anda sambil berjalan-jalan di sepanjang pantai. Rasakan keindahan perairan terbaik di Laut China Selatan. Nikmati pemandangan air laut menghijau. Pengalaman untuk Snorkeling di sepanjang terumbu karang semulajadi hanya beberapa meter dari pantai. Atau sekadar berehat sambil menonton matahari menghilang dengan santai di pantai dan kerusi malas.

Terletak di kepulauan Taman Laut Sultan Iskandar, Pulau Rawa boleh diakses dua puluh minit dengan bot laju dari Mersing, Johor. Resort tepi pantai ini mempunyai 77 bilik, masing-masing secara individu direka untuk bersesuaian dengan landskap semulajadi. Perabot moden menyediakan tetamu dengan keselesaan di rumah.

Ada banyak aktiviti yang boleh korang lakukan di Pulau Rawa Mersing, rujuk kepada entry MrJocko sebelum ini 8 Aktiviti Menarik Pulau Rawa mersing Johor.
 

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor

Gambar Gambar Pemandangan Indah Pulau Rawa Mersing Johor
 

Untuk mereka yang sukakan pemandangan cantik, semestinya Pulau Rawa (Rawa Island Resorts) ini menjanjikan kepuasan maksimum untuk percutian anda sekeluarga, bahkan bersama rakan-rakan.

Menu makanan pun sangat sedap dan memang terbaik. Lebih-lebih lagi malam, bila tiba waktu makan malam, menu BBQ antara yang dinantikan.

 
Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor

Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor

Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor

Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor
Gelongsor Pulau Rawa

 

 
Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor

Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor
Puncak Bukit Pulau Rawa

Pemandangan Indah Di Pulau Rawa Mersing Johor
 

Hampir setiap malam, lebih-lebih lagi bila Rawa Island Resorts menerima kunjungan ramai tetamu dan juga pada malam hujung minggu, pihak resort akan mengadakan pertunjukkan Bunga Api secara Percuma pada sekitar jam 9.00 malam.

Kalau ketika korang bercuti di sini dan ada percikan bunga api, ia adalah malam bertuah untuk korang semua. Ia pemandangan malam yang Cantik!!!
 

Fireworks at Rawa Island resorts

Fireworks at Rawa Island resorts
 

Baca : Pulau Rawa Umpama Maldives di Malaysia

Untuk informasi ringkas, bayaran tambang bot laju pergi dan balik ialah RM100 untuk dewasa dan boleh ia dibayar di Jeti Rawa Island Resorts di Mersing.

Sebarang tempahan atu maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pihak resort di pautan ini Rawa Island Resorts Mersing Johor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.