Rubens Hotel Buckingham London
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

The Rubens at The Palace London Umpama Inap Di Buckingham Palace

Buckingham Palace antara tempat menarik di London yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. The Rubens at The Palace sebuah bangunan hotel yang kini telah dinobatkan sebagai Hotel 5 Bintang terbaik di London, terletak berhadapan dengan lokasi Istana Buckingham ini. Binaan dalaman, reka bentuk dan suasana The Rubens at The Palace London Umpama Inap Di Buckingham Palace.

Sesiapa sahaja yang pernah ke Buckingham Palace, kalau terpandang hotel ini, mesti terdetik untuk merasai pengalaman menginap di bilik-bilik hebat The Rubens Hotel Buckingham London ini.

The Rubens at The Palace London Umpama Inap Di Buckingham Palace
 

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace
 

Setelah mengalami pembaharuan, penambahbaikan dan renovasi, Rubens Hotel yang terletak berdekatan Istana Buckingham ini telah diklasifikasikan sebagai hotel 5 Bintang. Antara yang paling ketara ialah dua restoran baru yang elegan, dua bar dan bilik penginapan dan kawasan awam yang telah diubahsuaikan sepenuhnya. Ini menjadikan Rubens Hotel, sebuah hotel bertaraf 5 Bintang yang mewah dan terbaik di London.

Rubens Hotel adalah salah satu hotel paling bersejarah, terkenal dan mewah di London. Ia telah berdiri dihadapan Istana Buckingham sejak tahun 1700-an. Rubens Hotel adalah sebuah kubu di kawasan Belgravia dan telah menjadi tuan rumah kepada debutantes dan ahli-ahli masyarakat yang terkenal sejak awal 1900-an.

Baca : MrJocko dan Info Tentang Europe
 

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace
 

Binaan dekorasi dalaman hotel The Rubens ini dicipta berdasarkan seni dekorasi English dan menepati citarasa seperti Istana Buckingham.

Rubens Hotel kini memperkenalkan pelbagai konsep makan baru dan tempat bar yang diperbaharui. Restoran Inggeris yang menarik, The English Grill menawarkan kelainan moden pada hidangan klasik Inggeris, dengan bahan-bahan yang diperolehi dari pembekal berkualiti tinggi.

Simon Numphud, Pengarah Urusan AA Hotel Services, mengulas “Rubens Hotel Buckingham Palace menunjukkan kecemerlangan dalam semua kategori penilaian penilaian kami yang ketat. Dekorasi dan suasana yang mewah dan elegan, persembahan makanan dan minuman baru yang sangat baik dan imajinatif serta penyampaian perkhidmatan yang sempurna secara keseluruhannya telah membawa pengalaman tetamu hotel ke tahap yang baru. Seperti semua hotel Carnation Merah, ia adalah layanan yang hangat dan murah hati yang ditunjukkan oleh kakitangan hotel, dari pintu depan hingga ke servis bilik, yang merupakan penyumbang besar kepada peningkatan kualiti servis Rubens Hotel.”

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace
 

Lihat sahaja dekorasi bilik-bilik di Rubens Hotel. Dari rekaan dekorasi bilik single, hingga ke bilik paling mahal, Suite, mereka memaparkan suasana penginapan yang mungkin tidak akan ada dihotel lain di dunia. Ini lah dia cara kemewahan cara orang British. Menginap di hotel terbaik, hidangan makanan terbaik dengan hospitaliti terbaik keseluruhan. Mahal pun pasti ia berbaloi bagi yang mampu.

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace

rubens hotel buckingham palace
 

Sudah pasti, kalau ada rezeki, sesiapa sahaja nak menginap di sini. Ia mungkin pengalaman satu dalam sejuta, dan ia satu pengalaman yang sangat berharga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rubens lima bintang di hotel The Palace, atau membuat tempahan sila layari www.rubenshotel.com atau hubungi +44 (0) 20 7834 6600.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.